Assalamualaikum .
Mesti semua rakyat Malaysia gembira kerana cukai 6% prabayar di tangguhkan . Fika biasa saja kot tapi ada patot buat macam itu , memang ramai tak setuju lah . Lagi-lagi siapa yang sokong pas tu memang lagi tak setuju , hihi jangan marah yer . Okay korang bacalah lebih lanjut , fika just copy dari MALAYSA KINI.
"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim selepas bermesyuarat kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.
Khamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini
Cukai perkhidmatan 6 peratus yang sepatutnya dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.
Mesyuarat kabinet
Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998.
cukai serta kadar yang boleh dikenakan.
"Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya," katanya.
Menurutnya semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat kabinet akan datang.
MeMo HelloKitty- Hargai orang yang ada di depan mata kta, terutama ibubapa kita dan keluarga kita