Sunday, 13 November 2011

Dahulu Kala

Assalamualaikum.

Dahulu kala aku seorang kanak-kanak yang comot yang tak tahu erti masa depan, pendek kata tidak tahu erti kehidupan sebenar yang tahu hanya nak main basikal dengan kawan-kawan ronder-ronder satu kawasan rumah. OMG,itu ke aku dulu. T,T


Dahulu kala orang kata aku ini selekeh, mana tahu bergaya macam kanak-kanak zaman sekarang.Rambut yang tak berikat,buget macam hantu langsuirlahh kan -,-

Dahulu kala di sekolah Rendah aku seorang permalu nak keluar suara bila bercakap dengan orang , entahlahhkan apa kena dengan aku yang dulu. Kehairanan ini. Tahape aku selidik nanti.

Dahulu kala di sekolah Rendah bagi aku laki sama sahaja dengan perempuan, itu aku rasa boleh main lempang-lempang dengan dorang. HAHA . Taklahh main jentik-jentik Getah. Akulah paling dorang kuat sakat , sebab aku takot dorang jentik getah.Kesian.

Dahulu kala naik sekolah menengah aku ingat lagi aku punya badan berisi , pipi pun tembam ala ala  orang gemok. Mak aku kata aku banyak makan ciikedisss! Taubat tak nak makan dah.

Dahulu kala tingkatan dua sudah pandai bercinta, konon-konon cinta pertama nak sehidup sematilahkan,tingkatan tiga nak campur empat putus tengah jalan. Ahh,kecewanya hati. Taubat lagi tak nak bercinta.

Dahulu kala cita-cita tinggi tapi belajar bagaikan tidur. Macam mana nak berjaya. Haishhh.

Dahulu kala bagi aku bofeee lah segalanya tapi dah berubah keluarga dan kawan-kawan lagi berharga. Insaf.

Dahulu kalau aku mengharap cinta sejati datang dan aku bukak hati aku ini luas-luas untuk menerima kehadiran cinta baru setelah sekian lama hati telah tertutup untuk cinta pertama. Ohh robek gila hati aku. Tapi malangnya hati aku kecewa lagi, takpe takpe. Cool ((: Abang saya cakap kau jangan bercinta belajar dulu , elakkan!

Dahulu kala aku budak sekolah sekarang tidak dah. Jadi setiap yang berlaku kenangan yang cukup mengamit hati means terindah plus blackblack dan boleh jadi pengajaran.

Tahun 11han(sekarang)

Aku telah menjadi seorang remaja makin lama akan tua. Tidak. Dahulu kala banyak aku lalui dan pelajari untuk kuat macam sekarang.Walaupun kadang-kadang down dan aku perlu kan teman ikhlas untuk bagi aku semangat tapi lagi buat aku down.Lagi elok aku pulihkan sorang-sorang.Kawan lain ada tak perlu Boyfee boufee ini kan. Lupa pula, ayah saya sayang ayah :') .  Sewaktu arwah mak di Wad tengah Petaruhkan nyawa , Ayah aku cakap kalau angah tak kuat Ayah pun tak kuat, Syahduunyoo  :') Tersentap. Ayah aku membuat aku ceria kerana ayah aku kuat untuk menjaga enam orang anaknya , hakikatnya ayah aku macam aku tapi itu hatinya , luaran dia perlu kuat untuk anak-anaknya (: Salam semua. Ingat manusia perlu  perbaiki dirinya setiap hari , nak tahu  kenapa ? Fikirlah sendiri. Byee!