Wednesday, 9 November 2011

Pengorbanan Seorang Ayah.


As salam semua.

Dahulu kala Ayah aku seorang pekerja yang rajin membuat OT(over time) untuk menambah lagi pendapatan pembelanjaannya untuk kami sekeluarga tetapi sekarang semua itu perlu di korbankan.


Walaupun zaman sekolah dahulu aku susah bersua dengan Ayah aku , aku tetap faham kerana Ayah aku perlu mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Itulahh Ayah aku , ayah yang tidak pernah rasa penat untuk mencari rezeki yang halal untuk aku,adik-adik dan mak aku yang aku rindui.

Tetapi sejak setahun lebih berlalu dan permergian arwah mak aku selamanya membuat hidup kami berubah sekelip mata yang tinggal hanya bayangan yang tidak akan muncul kembali, itulah kekuasaan Allah S.W.T, setiap berlaku pasti ada sebabnyakan. Macam-macam dilalui oleh ayah aku tanpa isteri dan aku dan adik-beradik tanpa seorang mak.



Pahit,pengorbanan,masalah,dugaan,kecewa,sakit,sedih semua aku rasa. Ayah aku ? Adik-beradik aku ? Walaupun mereka tidakk tunjuk, aku tahu mereka menagis dalam hati. Bagi aku inilah dugaan paling besar aku terima semasa usia aku meningkat remaja 17 tahun untuk menduduki SPM sewaktu ketika dahulu. Aku down aku down, tapi aku cuba untuk bangkit dengan sendiri. Itu dahulu tetapi sekarang?

Bak kata orang Allah tidak akan beri ujjian kalau kita tidak mampukan. Aku benci dengan hanya kata-kata di bibir tapi hatinya tak nak berubah. Yaa itulahh manusia , kadang-kadang sedar dan kadang-kadang separuh sedar dan paling dahsyat ibarat orang yang tiada akal. Tak sedar langsung.

Sejak arwah mak aku meninggal, pretasi kerja ayah aku tak sehebat dahulu. Gaji pun tak sehebat dahulu. Kerana seorang insan bergelar Ayah mempunyi tanggungjawab yang lebih berat untuk di laksanakan. Aku teharu dan di samping itu pula aku terkedu sendiri melihat pengorbanan seorang Ayah mengambil alih tempat seorang isteri, kiranya yang aku katakan ialah dua dalam satu.

Membasuh , memasak, mengemas, mengutip baju, mencari nafkah,bekerja dan segala dalam rumah dan luar rumah hanya seorang Ayah sahaja buat tanpa mak aku disisi, dahulu mak aku akan menolong sekarang makan minum seorang bergelar Ayah menjaganya. Keikhlasan seorang Ayah yang mampu membuat air mata seorang anak mengalir seketika bila kesunyian.

Ayah hidup aku , adik-beradik jiwa aku dan kebahagiaan adalah keluarga aku. Hari demi hari mendewasakan diri aku. Baru aku faham erti kehidupan sebenarnya dan paling aku sedar untuk menghargai orang dikeliling kita. Ayah tetap ayah. Terima Kasih Ayah.