Monday, 20 February 2012

| Merungkai Penyakit Hati |

Assalamualaikum.

Pada hari ini saya istiharkan esok takpayah kerja goyang kaki dekat rumah sahaja. Makan kuaci minum coca cola sambil menonton t-v. Suka ria korang kalau menteri baik hati bagi cutikan. Hiw. Takapa korang doakan aku jadi menteri aku buat cuti hari-hari. Haha, bangkrap aku rasa. Ok, saya dah update dekat status facebook about penyakit hati. Sekarang saya akan merungkainya kepada kalian. Hopefully ilmu ini bermanfaat. Saya just cari info ini dari cik.google kacak bergaya sahaja. Hiww



Setiap daripada manusia memiliki hati. Namun tidak semua mempunyai hati yang bersih dan sihat dari penyakitnya. Contoh penyakit hati yang sering melanda diri manusia itu adalah hasad dengki, takabbur dan sebagainya. Tapi hati yang disebut-sebut itu, di manakah ia? Lokasi sebenar hati itu mana letaknya? Apakah makna sebenar segumpal daging yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ke-6 dari Hadis 40?

Walaupun pokok perbincangan hadis tersebut amat besar, tapi ianya berkaitan dengan segumpal daging yang disebut sebagai Al-Qalb. Apakah definisi Al-Qalb itu? Menurut Imam Ghazali dalam hasil karya beliau bertajuk Ma’arij Al-Qudsi fi Madariji Ma’rifatin Nafsi, maksud Al-Qalb itu ada dua:

  • Segumpal daging berbentuk satu genggaman manusia yang diletakkan di sebelah kiri dalam rongga dada (thoracic cavity) dan boleh dilihat secara jelas. Dari situ kita dapat mengetahui bahawa Al-Qalb yang dinyatakan adalah sumber oksigen kepada tubuh dan juga organ penting untuk manusia dan haiwan, iaitu jantung. Ianya juga membawa maksud, jika rosak Al-Qalb ini, maka rosaklah seluruh tubuh manusia atau haiwan itu. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa Al-Qalb itu membawa makna jantung.

  • Secara abstraknya, Al-Qalb itu membawa maksud ruh (jiwa manusia) dan tidak boleh disentuh sepertimana jantung yang diterangkan pada makna sebelumnya. Ruh inilah yang membawa amanat dari Allah SWT. Ruh ini jugalah yang menyatakan kesanggupan untuk mengenal tauhid dengan mengakui keesaan Allah SWT sewaktu mula-mula ia diciptakan, sepertimana dalam Surah Al-A’raf ayat 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengata- kan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)

Bagaimana pula peranan syaitan dalam penyakit hati manusia ini? Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Syaitan itu meresap ke dalam diri manusia seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya”

Surah Hujuraat ayat 12 :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Kesimpulannya, si pemilik hati ini kena bertanya kepada hati mereka sama ada hati mereka itu sakit atau tidak. Dan penawar kepada penyakit hati adalah kembali kepada Rabbnya. Nescaya hati yang gundah akan kembali tenang.

Surah Ar-Ra’d ayat 28 : (Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Sebenarnya Penyaki Hati tugasan ustaz bagi dekat saya dan rakan, doakan pelajaran saya di sini(:
Salam.