Saturday, 30 June 2012

Means Family

Assalamualaikum
Hai Mesia
Kekadang langit tidak selalu cerah, dugaan yang datang sebenarnya telah mendewasakan kita, cuma kita mungkin tidak sedar kehadiran itu sungguh bemakna, kalau tidak ia kita pasti alpa. Keluarga itu adalah sebuah ikatan silaturahim kita bersama darah daging kita sendiri, bukan sahaja adik beradik dan Ibubapa mahupun atuk, nenek, makcik, pakcik, sepupu, sedara. Itu dipanggil keluarga besar.

Keluarga saya iaitu keluarga belah mak dan ayah saya. Terlalu bersyukur sangat kepada Ilahi kerana megkurniakan keluarga besar yang macam ini. Keluarga kami sangat bahagia dan Alhamdulillah dengan titik peluh Nenek dan Arwah Atuk dan Wan dan Arwah Tok Wan saya telah mendidik anak nya agama yang cukup  dan budi perketi secukupnya sehingga melahirkan cucu yang comel-comel dan tahu menahu selok belok kehidupan sebenar , kerana mereka kerana mereka. Alhamdulillah. Hehe.




Tapi 2010 telah banyak mendewasakan kami sekeluarga kerana dugaan demi dugaan yang datang. Ya Allah jika dugaan ini ada hikmah lebih baik, kau kuatkan kami sekeluarga. KAU murahkan rezeki kami sekeluarga, Ampunilah dosa kami sekeluarga, Janganlah KAU pesongkan hati kami, KAU berilah keberkatan kepada kami, KAU kuatkan imam kami, KAU lindungi kami sekeluarga.

Hargai keluarga anda, daripada kita hargai keluarga kita, kita akan hargai kawan-kawan kita, cikgu-cikgu mahupun orang sekeliling kita dan Alam sekitar.

Tak kira oran itu buruk, teruk, degil jangan kita membenci dia. Kita nasihat secara baik dan akhir sekali kita mendokan dia. Kerana Allah tahu akan kehendak hambanya.

Ameen.
Semua di dunia ini sifat sementara.
Tiada kekal.
Salam kedua.