Alhamdulillah, kali ini dapat jadi tetamu bulan Ramadhan pada tahun ini. First, puasa membuat semua rasa excited sangat. Lelagi nak pergi sembahyang terakwih dan berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan seandainyaa. Hehehehheee.
Bukan mudah untuk menjadi orang yang hebat di khlayak ramai. Tetapi lebih elok semuanya kita niat kerana Allah. Membaca Al-Quraan, Zikir, Solat Sunat, Bersedekah dan menolong orang itu lebih elok tidak hebahkan dan tidak menunjuk-nunjuk. Kurang pahalanya dan niat sesuatu itu kerana Allah.
Kali ini dapat juga rasa first Terakhwih di Majid Taman Bidara, walaupun terkejar-kejar baru balik dari Shah Alam akhirnya rezeki dapat rasa first terakhwih, teringat semalam solat terakhwih bila Imam dah habis baca Al-Fatihah je bila Imam sebut 'Ameen' Budak kecik dokk sebut kuatkuat Ameen tu, tak boleh nak kalah panjang lagi. *Adik-adik tak kusukkkkk akak nak solat tau. Ishkkkk
Jadi semoga puasa pada kali ini, kita semua dapat kumpul banyak pahala. Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi banyakan ber-ibadah juga.
Berbuka nanti juga jangan terlalu membazir, beli dan masak dengan sederhana sahaja. Membazir itu amalan syaitan dan yang penting Allah tak suka orang membazir.
Maaf kan fika kalau fika buat salah. Kita bersihkan hati pada bulan Mulia ini. Salam Ramadhan dari saya sekeluarga. Ramadhan Kareem.
Daripada Ibnu Majah katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga".