Sunday, 13 January 2013

Happy Befday 20 years old.

Assalmualaikum.

Sudah tua kini, tapi hati tetap muda, kental dan smart.

Assalamualaikum, mak. Angah rindukan mak. Terlalu rindu. Rindu di hati ini tidak tahu bagaimana hendak selitkan cuma Al-Fatihah dan air mata dapatku luahkan hati ini.

Bermula tingkatan 5 sehingga kini, iaitu zaman remaja ku hidup tanpa seorang mak kandung. Seorang umur remaja pada tingkatan 5 sehingga kini yang mencari kekuatan untuk teruskan hidup.....

Dari SPM kawan kawan dapat restu seorang ibu, plkn hanya seorang Ayah yang tabah hantarku di stadium Mps, dan kini sambung belajar bila stress belajar, rindu, sakit hanya seorang diri membawa diri dan menyimpan perasaan ini. Hanya doa......

Hari demi hari cuba untuk cari kekuatan untuk membina semangat. Bila jatuh tiada siapa untuk mengadu, cemburu rasa tengok kawan-kawan bila stress bergayot dengan mak mereka.....

Mak, janji angah semasa mak koma belum dilaksanakan sepenuhnya. Tapi suatu hari kelak..... dan sekarang sedang mencuba....

Mak, terima kasih melahirkan angah.... semuanya rahsia Allah. Rindu suara, masakan, kasih sayang mak :') semoga kita jumpa di akhirat kelak. Al-Fatihah.