Wednesday, 6 March 2013

Yakin Iman

Assalamualaikum.

Yakin Iman, Ape itu Yakin Iman YE Rakan-rakan. Sebelum itu,

Cuba anda tanya pada diri anda, bilakah anda dekatkan diri pada Allah SWT ? Bukan setakat kita sembahayang 5 waktu sahaja kita dekat diri dengan Allah. Siang kita sibuk, malam adakah anda masih sibuk dengan perihal dunia? Mana bekalan Akhirat anda? Tahukah anda dunia ini sementara dan akhirat kekal? Tidakkah kamu tak nak berebut peluang cari bekalan akhirat seperti mana anda berebut untuk berjaya dalam dunia ini? Maaf, saya tidak sebagus mana pun tentang agama  ini, tapi saya cuba menyampaikan dan berdakwah secara perlahan-lahan dan memberi pendapat saya sebagai muslim. Dan saya pun sendang mencari hidayah Allah T,T





Tepuk Dada tanya Diri Anda. Kekekkekee

Rumah sewa Fqa ade buat majlis ilmu after maghrib, kira boleh cakap usrah lah kan. Siapa dalam rumah sewa nak join, dialukan. Macam Fqa, kekadang join juga. Alhamdulillah, Seorang sahabat yang buat perkara baik, kita kena..... kita kenaaa apa ya? Susah sangat nak cakap. Karang cakap bahasa aku, tak faham pule korang. Alaa macam kita kena dekat dengan dia. Lebih kurang macam gitu. Ihikk

Apa itu Yakin Iman? Yakin Iman ialah kita yakin dengan kebesaran Allah SWT. Cuba rakan-rakan lihat Allah mencipta Bumi ini tanpa tiang, manakala manusia cipta rumah pun ada tiangkan? Itulah kebesaran Tuhan. Contoh lain pula, laut yang luas, air laut tak pernah lebih dan berkurang pun kan? Wowww

Sebab itukann.

Kita kena Yakin Allah itu Maha menyembuhkan penyakit dan memberi penyakit. Bukan doktor bagi ubat, kita boleh sihat. Tapi semuanya dengan izin Allah. Sangat besar kebesaran Allah. Cuma kita nak tak nak bersyukur apa yang ada sekarang.

Dan soal hati kita pada manusia. Bukan kita yang automatik boleh sayang, suka seseorang itu. Rindu, sayang, datang dariNya dan dengan izinNya juga.

Yakin Iman sebenar ada banyak lagi, tapi dari semasa saya cuba cari ilmu belajar ilmu apa-apa yang baik Fqa kongsi lagi. Dan jom sama-sama kita cari bekalan kita dekat akhirat ye? Kita doa sedaura islam kita (:

Dan tidak lupa doa untuk Lahad Datu Sabah juga (: Yang baik datang dari Allah dan Yang buruk datang dari kita. Salam khamis.