Assalamualaikum.
Aku ada satu soalan, pendapat dan perasaan korang kalau benda macam gini jadi dekat korang luar sana.
Contoh, kalau korang accident dekat situasi accident tu ramai juga orang lalu lalang, bukan juga, memang ramai. Lepas tu, tak ada siapa pun tolong korang. Tengok dan berlalu pergi macam tu je? Apa korang rasa? -,- Seriously sakit hati dan sedih dengan sikap manusia sekarang. Benda jadi dekat aku dan kawan aku. Dan situasi Kak Fatin Suhana kena rompak tapi tak ada orang tolong kan? Tapi aku aciddent tapi tak ada tolong padahal ramai. Grr
Khamis baru belalu hari itu, baru je. It's me and friend accident, naik moto , kereta tu Ya Allah kenapa kereta tu kejam sangat. Tak nampak ke kita orang. Seriously kita orang dah dekat dengan dia, elok-elok kereta tu tengah tunggu traffic tukar hijau, dia boleh belok kiri tanpa signal, aku pula nak masuk kiri. Memang tak ada orangkan, so aku bawak macam biasa tiba-tiba jarak 10cm (aku taak reti guna km) macam tu kereta tu boleh belok ke kiri tanpa signal macam tu je. Nak tak nak aku kena brek mengejot kalau tak aku akan langgar dia punya belakang kereta dan aku rasa kepala aku dan kawan aku dah pecah dah semua. Ini nasib kita orang terseret, lama pula tu.
Kawan aku luka lutut aku luka tangan, tapi badan kita orang seriously terhentak kuat. Masalahnya time kejadian tu ramai orang tunggu traffic light tapi masa 15 minit tak ada orang tolong, tapi ada seorang hamba Allah dari lorong traffic light belah sana sanggup jalan berlawanan tolong kita orang, angkat moto kita orang, dia tanya ada luka mana-mana tak. Seriously, nak nagis time tu, hanya Allah dapat balas jasa seorang hamba Allah tu. Kereta yang bersalah tu belah macam tu je, kira langgar lari. Dengan sikap manusia tak nak tolong satu dan sikap kereta yang salah tu belah macam tu. Sedih Amat. Okay takpe, Allah maha adil, ada sebab syafiqa, positifkan diri okay? Dan satu nasihat nak bagi tahu dekat penunggan motosikal walaupun kereta tengah berhenti atau bawak perlahan, bawak berhati-hati. Sekarang segala penunggang kat bumi mana ada hati perut. kan? Hahahhaaa. Bye Bye. Doakan cepat sembuh ye.