Assalamualaikum.
Dari aku sekolah menengah hingga sekarang ramai tanya, tak pun pelik kenapa aku suka sangat balik kampung aku di Berop. Okay, aku rasa mesti korang pelik dengar Berop kankankan? alaah mengaku je. Buang ego tu. Hahahaa. Sebab kalau aku bagi tahu kawan-kawan aku yang lain yang aku nak balik berop, dorang mesti buat muka cun cun blur dorang, tak pun tanya aku balik berop tu ape ? Berak ke? Aduh Aduh, ade ke cakap berak, kasihani lah aku nak menjawabnya. Apa kata korang trip ikot aku balik kampung. Rumah Nenek aku besar lah juga, aku bagi free tido. Ape macam ? Sure tak menyesal, seronok percaya la bebyyyy. Huh
Nak tahu ape yang best dekat Berop? Sebelum aku bagi tahu ape best, aku bagi tahulah Berop ni dekat mana kan, sesiapa yang tak tahu tu kan. Dah tahu takpe, cool ok? Kampung Berop, Tg.Malim , Perak Darul Ridzuan Malaysia. Ituu diaqqqq.
Jiddah Mariana
Kualiti gambar sangat low down, ahak! kerana aku snap menggunakan BB 9220 je. Tsk Tsk
Okay, pertama sekali kan kan. Aku suka balik kampung berop sebab cousin-cousin aku ramai sangat. Dan ikatan perhubungan tu macam adik beradik. Cucu Jiddah Mariana terlalu ramai ramai lepas tu besar gitu, lelagi kalau ade kenduri, tak pun raya menjelang. Ohh, seriously, meriah gila nak mampus weyh. Susah nak oyak perasaan tu macam mana.Lelagi pergi mandi sungai reramai bersama cousinsss, pak cikksss Kkekekee. Semoga Allah memberkati silaturahim kami sekeluarga dan tetap iman kami sekeluarga.
Kedua, well suasanan kampung kan, siapa tak suka? Bandar dengan kampung ade perbezaan nya, feel dia pun rasa lain. Kalau dekat kampung ni, bangun pagi dah bunyi Ayam Kookk Koookk Kookk, lepas tu rasa suam suam sejuk dia best dari dekat bandar. Tu bagi pendapat dan ape aku rasalah.
Ketiga, ini paling penting dari aku kecik lagi, kira sekolah rendah lagi mak dan ayah aku suka tinggal aku dan adik-beradik dekat kampung bila ade sekolah cuti panjang menjelang. So, kami orang dah terbiasa, kira kampung berop ni rumah kedua dah. Dan kubur arwah mak pun terletak dekat kampung berop, jauh mana pun aku pergi aku akan balik berop ni juga untuk ziarah kubur arwah mak. Al-Fatihah.
Keempat, kerana aku nak lawat Nenek aka Jiddah Mariana, Nenek kan dah tua dan lepas tu tak berapa sihat. Jadi bila lagi nak bersama Nenek Idook?
Kelima. mak cik pak cik aku ni meniaga di lambak dan cafeteria UPSI, ok lupa bagi tahu lambak tu Pasar Malam, bagi sesiapa tak tahu je ok? Yang dah tahu jangan emo ok? Hahahhaa. So seronok onokk angatt bila pergi lambak. Siapa mak cik dan pak cik ada niaga cmgituh tahu lah feel macam mana. So, aku pun boleh lah berjojang kan. Sambil menyelam minum air.
Itu diaa yang bestnya di kampung Berop aku, dan jangan pelik kalau aku duduk lelama dekat kampung ni ye ye.
Have Fun.
Seronok sebenar typing then storying dekat blog, tak kisah tak ade pembaca ke, kite acah acah buat ade pembaca okay? Sekurang-kurang nya, mesti ade seseorang yang suka korang ke, atau benci korang akan stalk korang kan kan kan. Boleh jadi. Hhahahhahaha.
Thanks For Reading. Assalamualaikum Ukhti and Akhi!