Hello Hello apa korang buat memalam nih? Aku dengan mimik muka yang kepenatan ini dengan rajin berupdate entri malam buta cam ni. Bukan senang k? Mesti korang rindu nak dengar aku cerita kan kan kan. Ahaaaa toloonngg.
Cuti Sem ni, walaupun otak macam bebas tak dibebankan dengan pelajaran tapi aku still berpelajaran. Means, aku student marketingkan so aku still buat kerja ada kaitan dengan marketing juga. Tak adelah aku lupa daratan kan? kan ? kan?
So, tadi tu semalam kan khamis aku anak buah yang baik hati, rajin, comel dan lagi-lagi? Ahahhahaa ikut atau tolong Pak Cik berniaga di tutt tuutt. Tak boleh nak bagi tahu nanti perminat cari. Okay ini gurau.
Tepat jam 3 petang Pak Cik dah hon hon kereta depan rumah Nenek suruh cepat sebabnya nak singgah sekolah anaknya, katanya nak hantar barang-barang keperluan yang sudah habis. Biasalah duduk asrama. Well, aku je kesian. tak pernah nak duduk asrama dari kecik sampai form 5 duduk bawah ketiak mak ayah aku je. Bila sampai sekolah asrama cousin aku, seronok rasa. Ramai gegirl unowss, semua pakai baju seragam hijau dan bertudung labuh hitam. Sejuk mata memandang, boboy nak cari gegirl pergi sekolah agama. Sure, boleh bawak isteri. Ahhahaa.
Okay, tadi cerita sekolah cousin aku. Sekarang aku nak bagitahu ape yang aku tolong Pak Cik aku berniaga. Tak delah niaga ala ala uhsawan tu, tapi boleh la aku belajar juga. Berkaitan juga dengan course aku belajar kan. Aku tolong Pak Cik aku niaga Air, macam Air ada. Air ape nak? Soya? Cincau? Tebu? Milo? dan paling famous kelapa. Aku niaga tadi paling ramai nak air kelapa je. Ape yang sedap korang? Tapi tak pe yang penting korang beli. Aku ni kalau orang tua-tua je beli air aku akan kurang gula dorang walaupun dorang tak mintak nak kurang. Haha, jaga kesihatan pak cik makcik coustmer kenss. Kalau muda pergi lantak hang naa. Tak baik syafiqa. Ish Ish Ishhhh
Dan, terliur tak tengok makanan-makanan yang dekat gambar atas ni. Sedap kan? Kite tolong niaga ni juga. Sambil tu mulut aku pun suka mengunyah, makan ape aku suka. Bankrup Pak Cik aku kalau bawak aku. Dan Kuih hijau tu aku tak tahu ape nama kuih tu, tp itu my fav okayy. Kuih tu memberi tarikan yang mendalam sangat. Sweet Sour gitu. Okay aku ade satu permintaan, aku nak surekan dekat student poli ke, komuniti ke. Korang boleh tak buat alat mesin yang boleh halau lalat. Tadi aku rasa tangan aku boleh kurus, kipas kipas halau lalat je. Degil lalat ni sebenarnya, korang buat alat mesin tu biar cruel sikit. Ahhhaa kejam. Lalat-lalat tadi cabar kesebaran aku, syafiqa ingat ni " Innallaha Ma'ana"........ Okay!
Aku rasa mata aku dah bagi signal suruh tidur. Aku bab nak tidur memang suka, sebab bila nak tunggu lelap tidur aku boleh mimpi Aeril Zafrel kan kankan. Ahhhaaa. Harap apa aku tolong Pak Cik aku , boleh bagi aura keyakinan aku dalam bidang marketing yang lebih luas lagi dan tak lupa juga bekalan akhirat juga. So setiap permulaan perkara yang dibuat perlu niat kerana Allah. Wahh, Ustazah gitu. Oh, terlupa sebelum tidur kenalah pakai Mary Care. Sebab tadi niga, panas satu dan berminyakan. So kena lah bagi rawatan kepada kulit muka. Next Next entry aku bagi tips skin care nak?. Ahahahha... Bye.. And nigths.
Lagi satu lupa bagi tahu, acu aku dah selamat lahir baby gegirl jam 8 malam tadi. Alhamdulillah selamat semuanya, tapi kena operate. Takpelah asalkan selamatkan. Ok Boiii.