Pada kali ini rezeki makanan datang lagi. Terima Kasih Allah dan keluarga kak Aini. Suami Kak Aini belanja aku dan along dan dania makan steamboat dan cake recipe. Rezeki kan? Say Alhamdulillah ye. Sebenarnya pada tarikh 8MEI befday Kak Aini, dari situ kami dapat makan besar sikit. Ahahaa, besar sangat.
Ok sekarang aku nak cerita tempat aku makan steamboat di Kemuning Utama. Kira promote lah siapa yang tak tahu tu. Yang tahu tu buat-buat tak tahu ok? Good borl :*
Steamboat dia sangat grhhhhhhhh tahu, berbaloi baloi dengan harga yang kedai itu tawarkan. Bayangkan RM28.50 seorang for adult, kalau kids tak silap akulah RM13+ macam tulah. Hanya dengan harga tu seorang boleh makan ape-ape saje yang ada dalam Restron tersebut , suka hati koranglah nak makan sampai pecah perot ke ape ke, no limit ok. Seronok dan grhhhh kan? Kalah makan hotel, kalah sebab ape? Kalau makan hotel sekepala je lingkungan RM80 hingga RM15O kan? Dan boleh makan ape saje, tapi ni RM28.50 je kawan. So aku saran kan lepas ni boleh lah nak sambut befday ke, ape ke dekat steamboat itu je. Ihuuuuuk.Berbaloi baloi.
Sekarang nak cerita bab-bab makan yang ada dalam Restron Steamboat tersebut.
Bab makan dia aduh macam-macam diletaknya di Restoran tu, rambang mata den ni haa. Telur puyuh dan telur ayam pun ada. Jangan kata steamboat je ade, mee goreng lah, kuih muih lah, ayam goreng pun ada. Yang benda macam tu memang kurang orang usik lah kan. Dah ade steamboat kan. Steamboat dia pelbagai, contoh cendawan jenis A hingga Z semua ada, kalau sotong pula jenis dia kalau ada A hingga Z semua ada. Dah lah pelbagai, fishball, bentuk angry bird lah, bentuk 'taik' pun ade tau. Hahahaa. Jangan geli, walaupun bentuk macam gitu, tapi dalam dia ade cheese. Seriously, memang sedap. Aku just makan steamboat setakat cendawan dan ape jenis fishball je, tapi yang mentah-mentah macam ketam, udang, tiram, lala, kerang dan lain-lain aku tak makan. Kalau makan mentah macam tu boleh termuntah bak hang.
Bab Sos-Sos dia pun ade pelbagai juga, pilih je mana nak ok?. Tak lupa juga ade pelbagai perisa ice-cream juga, boleh letak mushmallow dan biji-biji chocklet lagi. Serious tak rugi hanya bayar RM28.50 makan semua yang ade kat Restron tersebut. Pau Kaya dia lembut dan makanan jepun DIM SUM pun ada. Oh, jangan risau korang tak kan tercekik bila makan, sebab perlbagai air dorang sediakan, air panas macam kopi pun ada. Rasa nya setakat ni jelah boleh cerita, kalau nak tahu nikmat dia, pergi dekat restoran steamboat tersebut ohkay geng?
Alamat - Shah Alam Branch (Sek.33)
7 & 9, Jalan Kemuning Prima A33/A, Seksyen 33, Shah Alam, 40400 Selangor.
Selamat Mencuba. Thanks For Reading.