Assalamualaikum w.t.b
Ketika aku menaip entri kali ini, aku menaip sambil mendengar feeling habis lagu Andai aku bercinta lagi, lalalalllaaaaaaa~ penyanyi nye ofcos mojo takan lah aku kan. Sejak bila aku penyanyi. Eh! Apa merapu niww. Tak suka. kih.
Habis satu lagu mojo habis aku still ulang dengarnya sebab ape? Sebab aku dah set setting dekat player yang bila satu lagu habis ulang balik lagu tu. Aleh aku wat cmtuh sebab aku tak suka lah laptop aku sleep tetiba then kena taip paswod lagi, leceh tahu. Kalau aku set setting macam gini lagu ulang-ulang tak de lah laptop nak sleep, ye idok? Huuuuu
*Rindu Afina NO NO WAY"
Okay, salah cerita.
Kali ni aku nak merungkaikan, aleh macam merumuskan pasal Rezeki. Korang pun tahu Rezeki ada macam-macam jenis dan rezeki juga datang dari Allah, bukan manusia sesaje buat-buat rezeki itu.
Pertama, "Rezeki Belajar" . Okay masa-masa terdekat nih ramai adiks lepas SPM dan STPM ke dah tahu result korang dapat sambung belajar mana kan? Alhamdulillah kalau dapat tu, tak kisah dapat Universiti, Poli atau swasta pun, pergi belajar rerajin gilaaa dan tak kisah course ape dapat. Belajar je, sebab tak mesti apa course korang dapat tu, tu yang kita bila berkerja. Jadi jangan tolak tawaran tu semata tak minat course tu. Ramai lagi pelajar nak dapat tempat belajar macam awak tau. So, cuba fikir bebaik ok?
Yang tak dapat tu, jangan lah sedih. Allah sebaik-baik perancang kan? Mungkin Allah akan berinya kemudian. Bersabar, berdoa dan jaga hubungan dengan Allah. Fikir positif dan jangan down kan diri. Belajar swasta pun okay sebenarnya. Jadi rancang sambung belajar anda dengan sebaiknya, bukan apa orang kata swasta tu ini. Sebenarnya okay je, tapi dah masuk tu jangan main-main just tumpu belajar dapat pointer yang baik, tak lah membazir duit korang buat pinjaman banyak-banyak tu atau keluar duit ibu bapa bebanyak. Sebab salah satunya swasta pembelajaran dia bayar mahal. Jadi datang sana focus untuk belajar.
Dan ingat, terutama bergelar student "belajar je mana-mana, tak kisah course ape dapat, belajar je, asalkan tahu solat, mengaji dan tahu halal dan haram" - tu pesan along dekat kami sekeluarga.
Jadi, belajarlah ilmu dunia dan akhirat. Jangan lah belajar dengan ambil jalan mudah saje. Kerana dunia memang dapat keuntungannya tapi akhirat Zero, Ingatlah Akhirat tu kekal abadi dan satu aku nak pesan jaga solat means solat awal waktu. Jaga akhlak means jaga percakapan dengan sesama kawan, macam jangan cakap kasar dan sakit hati kawan. Dan, paling penting jaga hubungan dengan Allah, kerana kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah pun akan jaga kita. Seronokkan? Jadi jom kite sesama buat nak? Ok? Hikss
p/s- Jangan cari masa depan didunia saje, akhirat punya masa depan lagi kekal abadi (:
Thanks For Reading!