Assalamualaikum.
Tatkala, eh kuih tat ka? Aku lupa ejaan macam mano, tapi tak ape kan? aku mengarang karangan yang tunggang terbalik ini aku kini berada di opis gua yang berwarna hijau dan rasa feel feel dekat sawah padi rasanya. Waaaaaaaa hhhhh awal pulok aku datang opisss. Yelah nak buat cam mano, aku ini baru student nak beli motor ayah aku tak bagi katanya bahaya so so aku ini anak yang dengar kata lah juga jadi aku lupa hasrat aku untuk beli motor comel comel macam kawan aku mastura tu. Nak beli kereta pula ayah aku cakap "Angah buat masa sekarang ini biar rasa susah susah dulu senang senang kemudian dan kerana aku anak yang sayang ayahnya sangat-sangat aku pun menerima segala nasihat ayah aku, tapi betul kata Ayah aku yang handsome itu, Ehm tengok anak lah. Lalalalalaaaaa :P
*sambil tengah kacau air fenelene campur lah sikit milo, dengan harapan susu tak berkelompok kat bawah cawan tu.
Hening pagi ini, sambil breakfast hanya secawan fenlene campur milo sikit, aku nak cite sikit pasal aku practical ni.
Sekarang ini aku busy, busy manfaat tido kerana aku seawal 7 pagi sudah keluar rumah dan selambat 7 petang aku balik rumah, maklumlah naik bas. Bas pun timing tunggang langgang, jadi naik pun kalau bas datang pukul 7 baru boleh balik. Nak naik teksi, lupakan lah je baik aku beli kek secrete recipe dari naik teksi hari-hari nak pergi opis. So bagi aku penting sangat aku manfaat tido dari aku buat kerja tak berfaedah.
Kerana selepas balik 7 petang dan selesai solat, mandi wangi-wangi, gosok baju dan mengaji. Hidup aku ini tak ade benda manfaat langsung hari-hari yang berlalu. Kini aku bersyukur kerana, opis aku ade buat usrah setiap hari rabu. Tak adalah hati aku hitam je makin lama kerana hati manusia kalau boleh setiap minggu kena lah hiasi mendengar tentang agama sikit, tak pun nasihat. Itu lebih kita tidak jauh kepadaNya.
Jam pun menunjuk pukul 8 suku. Jadi sampai disini aku cerita lain kali sambung kerana ramai staf-staf sudah datang. Tak ade feel nak menaip.
Yang Ikhlas Syf.
Thanks For Readings.
