Wednesday, 6 November 2013

Sebelum Tidur.

Bismillahirramanirrahim..

Aku tahu sekarang dah pukul 3 pagi, tahu cuti sem tahu cuti sem tahu cuti sem. Siapa jealous? HAHAHHAA.





Ok apa-apa pun nak bersyukur sangat kerana dengan rasminya 99% report praktikal dah siap. Hurayyyyyyyy! Boleh sambung tengok RM tak? Ish Ish Ish. Esok nak berempit dengan abang aku pergi kedai print yang murah-murah, tak cekik darah ke. Sebab banyak nak print lepas tu berwarna banyak lah juga jadi kena juga yang murah. Tapi kalau mahal kena juga beli ink printer.

Aku dulu nak masuk awal sem dua bahagia juga nak survey printer, kata nak survey tapi terus beli je time tu. Balik rumah tetengok beli printer ink kalau nak beli balik yang stok stok mahal. Itu kalau gelojoh namanya. Muahahhah. So aku punya nak jimat. printer buat hiasan je dekat dalam bilik atas. Tapi tidak mengapa dengan  harapan esok harga ink model printer aku murah sikit. ok lalallalaa

Ok, aku juga tahu semua dah tidoq ni. Tapi tak semua tidoq lagikan? Lelagi siapa yang heaven yang tengah cuti sem tu.

Jadi aku nak sharing something dekat semua muslimin dan muslimat / mukminin dan mukminat. Hehee

Tajuk aku nak sharing kali ini sangat menarik sebab tu aku excited juga nak sharing dekat semua orang. Bagus juga buku ni. Sebab bila aku macam lalai ke ape ke bila aku baca buku ni dia bagi tamparan dekat aku. Memang patot, macam terjadi. Eh paham tak? Hahahha.

Oh lupa, aku nak sharing siapa tak tahu atau lupa. Dah tahu tu Alhamdulillah (:

Tajuk- PEKARA DILAKUAKAN SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur rakan-rakan jangan lupa EMPATperkara ini kerana manfaat, ganjaran, kebaikan dan semua yang positif sangat best, menarik dan bukan setakat dunia saja, Insha Allah akhirat pun dapat. Lillahitaala.

Pertama, mengkhtam al-Quran.

Kedua, syafaat untuk diri sendiri.

Ketiga, minta keredhaan para Muslim.

Keempat, laksanakan haji dan umrah.

Mesti rasa pelik dan tak faham? Serious sebelum tidur nak laksanakan haji dan umrah? Serious sebelum tidur nak khatam al-Quran dan bla bla bla lagi.  First, aku pun kehairanan juga baca baca dan baca baru faham. Ok meh kita sambung ye.

Maksud ayat pertama mengkhtam al-Quran itu ialah sebelum tidur baca dan mengamalkan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Kerana jika surah ini dibaca sekali, maka ia menyamai membaca satu per tiga daripada al-Quran.

Maksud ayat kedua syafaat untuk diri sendiri iaitu mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. Semua mesti tahu kan, syafaat baginda akan membantu seseorang krtika hari tiada siapa boleh bantu selain diri dan amalam masing-masing.

Maksud ayat ketiga minta keredhaan para Muslim iaitu dengan cara berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan dosa seluruh kaun muslimin dan muslimat. Cara membaca doa dalam bahasa melayu ialah  Ampuni aku ya Allah Yang Maha Besar, kedua inu bapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan telah mati. Amin.

Maksud ayat keempat laksanakan haji dan umrah ialah dengan cara memperbanyakan bertasbih (subahanallah), bertahmid (alhamdulillah), bertahlil ( la ilaha illallah), bertakbir (allahu akbar). Jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Empat-empat perkara ini kalau buat sebelum tidur sangat banyak pahala, manfaat dunia dan akhirat. Oh, siapa sebelum tidur kalau berzikir / selawat lepas tu tertidur dalam keadaan zikir/ selawat sebelum tu kan, sepanjang seseorang itu tidur sehingga dia terbangun pahala dia dikira. Seronok kan? Sekarang tahun baru islam, jom sesama kita berhijrah jadi lebih baik dar sebelum ini (:

Kalau nak lagi best/ pahala sebelum tidur amalkan Surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur kerana dengan membaca surah itu akan menjadi kubur tempat yang sejahtera dan terang menderang.

Panjang pula rasanya. Tapi tak apa semoga manfaat untuk ukhti-ukhti dan akhi-akhi di luar sana. Tahun islam baru, niat pun kena baru lakukan penghijrahan macam mana Nabi Muhammad s.a.w melakuan hijrah selama bertahun-tahun.

Buku yang aku baca dan sharing buku tajuknya ' 100 Pesanan Terakhir Rasulullah' buku ini beli dekat PWTC Pesta buku awal tahun hari tu dapat diskaun dan guna baucar buku abang aku. Hahhaa.Kemain. Dan buku in juga aku ada lagi satu, sama isi kulit semua sama kerana tempat prkatikal aku bagi hadiah dan aku pun dah ada buku ini. Rasa nak bagi orang, dari aku simpan macam tak da guna teperuk dalam laci buku kan. Sape nak? Sape nak?

Selamat MalamPagi.
Lillahitaala.