Saturday, 25 January 2014

Ayah?

Bismillahirramanirrahim.

Tadi over limit rasanya asyik gelak, tapi kini rasa macam hati itu mati. Tahu rasanya bila banyak gelak? Tertiba sedih. Ini padahnya. Banyak mengucap. 

Tahukah kalian apa itu ayah?
Tahukah kalian sayang atau tidak ayah pada kalian?
Tahukah apa tanggungjawab jawab?
Kenapa ayah tegas?



Semua soalan. Tiada jawapan jika kita hanya pandang serong seorang bergelar ayah.

Aku? Aku kalau boleh nak bawa saja ayah kemana aku pergi. Bahkan kalau aku boleh terbang mahu saja aku bawa. Apa daya aku ini bukan tuhan. Tapi aku tahu tuhan akan jaga ayah. Aku doa dari jauh moga Allah sentiasa melindungi Ayah.

Aku belajar disini. Bikin hati tidak risau sama ayah disana? Setiap hari ayah pergi kerja, lalu saja jalan yang penuh dengan kenderaan yang pembawanya tidak tentu lagi berhemah. Bikin aku risau.

Ayah bukan saja pergi kerja mencari nafkah. Ayah juga balik lunch time semata-mata masak untuk anak pulang kesekolah. Walhal boleh saja ayah lunch di tempat kerja. Kerana risau anak tiada makanan. Baiknya Ayah.

Semasa aku masih seorang secondary school, pendaftaran, perjumpaan, perihal bil-bil rumah, kain basuhan, masakan, kemasan ruang depan luar dan pelajaran semua ayah lakukan walaupun ada anaknya sedikit tolong. Tanggungjawabnya Ayah.

Ayah marah bila anak buat silap, ayah cakap benda yang boleh menimbulkan kesedihan. Tapi aku tahu ayah tiada niat. Ayah sayang kita.

Saat ayah tidur sembentar dikusyen, aku lihat muka ayah saat tidur. Tenang saja melihat muka ayah. Besar pengorbanan Ayah.

Setiap minggu bila ada exam  aku beri pesanan sms kepada Ayah, untuk mendoakan aku permudahkan jawab. Ayah membalasnya "ayah sentiasa mendoakan untuk anak anak ayah" sedih rasanyaa, teharu kita.

Walaupun ayah sibuk bekerja siang ke malam mencari rezeki tapi setiap sabtu ahad ayah selalu saja pulang melihat mak ayah di negeri sembilan. Kekadang aku terfikir tidak penatkah ayah? Kekadang ayah boleh saja lakukan kerja kemaskan halaman rumah, kolam ikan, potong rumput itu ini. Aku terfikir lagi ayah tidak penatkah? 

Hadir ayah, sangat aku berasa beruntung. Aku tahu Allah hanya beri pinjam sperti mana kau beri pinjam kepada arwah mak seketika dahulu. Dan aku tahu diri aku segala yang ada pada aku hanya seketika.

Allah, kau permudahkan urusan seorang yang bergelar Ayah di merata dunia ini. Kau kuat kan mereka kau ampuni mereka. Tanggungjawab Ayah bukan besar di dunia malah di akhirat. Apa anak dan isteri buat akan ditanya akhirat kelak.

Pejam mata, tarik nafas dan fikir sejenak. Tak kesian dekat Ayah? Besar pengorbanan Ayah.

 


Itu saja. Hanya kata-kata lahir dari pendapat dan hati.
Cuma mahu kata angah rindu ayah :')
Ayah sihat? Angah disini sentiasa sihat.