Assalamualaikum rakan.
Bismillahirramanirrahim.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Sudah masuk tahun baru iaitu 2014, huuuuuuuuhhhh tarik nafas panjang, umur pun makin meningkat tapi wajah tetap comel *tarik pipi kiri kanan dan senyum lebaq lebag sambil tutup mata* kan comel?. Alhamdulillah (: hehe
Dimana kalian semua sambut tahun baru? Ada yang tunggu detik 12 dan mercun pun bunyi kuat kuat, ada pula yang menghadiri malis ilmu seperti ceramah tahun baru, ada juga duduk rumah aje dan macam aku duduk dalam Hospital Slim River hadap Dokter Handsome Kacak :P ahaha kena tipu sepuluhjuta ribu aje kome ini. Dokter mana lah nak duduk hospital sampai jam 12 pagi kecuali emergency la. Lelagi cuti public holiday 1 jan lagi sunyi sepi, ia akan bising waktu melawat je. Suka aku kalau orang datang melawat tak sunyi hospital, terubat juga hati aku, tapi bila waktu melawat lamaaa pula, huhhh hirukk pirukk hospital dengan karenah anak kecil bermain dan orang dewasa bercakap ketawa mengalah berada di mall saja. Dalam hati aku cepatlah korang balik, cepatlah korang balik, cepatlah korang balik. Hahhaaa. Lekkk saya sakit time tu, tu semua tak menentu. Terima kasih memahami.
Apa azam kalian? Azam aku, hanya Allah dan aku saja tahu. Bergitu juga kalian. Tercapai atau tidak, bertindak,berusha, berdoa, tawakal dan yakin kepada Allah SWT. Yang penting ayuh kita berubah diri kita dari segi fizikal dan mental, agar kita mendekati diri kita yang hanya pinjam seketika ini kepada yang Maha pemiliknya iaituAllah SWT yang satu (':
Sakit? Penghapus dosa, baru aku sedar dan lagi lagi sedar yang diri ini hanya dipinjam seketika. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Allah yang memberi sakit dan Allah juga maha penyembuh. Dialah maha segalanya.
Banyak Quiz tertinggat dan banyak juga pelajaran tertinggal. Hati ini sangat risau tapi yakin dengan keyakinan kepada Allah.
Doakan aku, terima kasih kalian kalian ibu ayah, pak cik mak cik, nenek, adik beradik dan sahabat banyak membantu semasa saya sakit. Terima kasih Allah (: kerana masih bagi pinjam nafas ini. Semoga segalanya dipermudahkan!
