Saturday, 8 February 2014

Hijrah.

Bismillahirramanirrahim.

Malam ini hati jadi feeling soft. Jadi sesuai nak cerita mengenai hijrah.

Apa aku buat sekarang?
Dan segalanya pendapat dan tindakan aku. Hehe paham ke?



Bila aku lihat orang lain bercinta, aku lihat indahnya dunia dorang. Sweet sangat rasa, hati berbunga-bunga tapi aku apa ada? Kesunyian, kesepian, kadang-kadang cemburu, nak luah perasan pun tak tahu dekat sape. Rasa nak saje cari boypen satu. Jujur aku kata. 

Tapi aku dengan pendirian diri yang teguh kini ingin berhijrah. Awak semua tahu apa maksud berhijrah? Mesti tahu. Yang itu aku nak. Aku nak cuba capai.

Tipulah aku tak pernah ada boypen. Dahulunya memang ada dari first couple kecewa menongeng tak hingat dunia dan cuba la cari pengganti kerana kecewa dengan first love. Konon boleh rawat hati. Sampai aku terfikir aku kena decide betol-betol antara aku nak jadi gelpen di atau pilih jalan Allah. Mula-mula jadi gelpen. Tapi hati ini tak terubat juga macam tak ada function, cari la boypen lain sampai lah terfikir lagi dan lagi pilih laki ini atau jalan Allah. Alhamdulillah Allah buka pintu hati ini. Alhamdulillah :') ana memilih jalan Allah. Kesian laki tu. Kejam dunia cinta manusia monyet ni kan. Maaf ye :(

Bila dalam situasi tinggal semua tidak faedah itu susah sangat. Macam-macam aku buat. Kadang-kadang sanggup tak top up. Dan cuba sibukan diri dan penatkan diri supaya tak payah atau tak perlu nak fikir semua semua itu. Dan kena kawal perasaan dan gedik aku ni. Hahahahahaa. Susah oi. Allah betul betul nak uji aku. Motivation banyak juga aku baca, solat sunat lah, baca Al-Quran. Dan buat perkara ilmiah atau perkara manfaat atau riadah individu atau bersama rakan. Dahsyat. Ish ish ish.

Lama-lama aku dapat rasa fikiran proses aku lebih matang. Fikiran je matang tapi perangai mengalah budak darjah satu. Sokey sokey. Maksud fikiran lebih matang tahu mana baik mana buruk dari segi semua aspek. Contohlah- hmm aku ni dulu mana kisah nak pakai apa makan apa, sekarang terfikir aku kena ada sikap yang take care pada diri sendiri seperti perlu minum susu baik untuk tulang. Alaaaa susah nak cerita contoh dia. Korang faham faham kan. Kena faham tau. Macam tu la.

Bila lama kelemaan aku dah biasa dengan keadaan macam gini. Baru aku rasa hidup ini indah tanpa boypen. Ialah dah nak jaga perasaan itu ini la. Lepas tu bila befday bagai ke nak bagi hadiah, keluar nak dating keluar duit la, nak kena tanya atau bagi tahu dah makan pergi mana dah tido. Alaaaaaaa rimas rasa. Aku ni dah suka mendesak kalau tak dapat. Dah macam ini rasa tenang sangat. Betul, Allah itu maha adil. Sangat adil. 


Orang kata laki sekarang makin kurang bagai. Hmmm it's okay. Aku yakin dengan janji Allah. Siapa jodoh aku aku serah kepada Allah. Cuma masa ini bukan masa dia lagi. Bila dah sampai aku cari kalau dia jodoh aku, aku terima. Kalau cari sekarang lain jadi atau mainkan perasaan shj. Tunggu masa aku sedia. Insya Allah Allah permudahkan. Dalam setiap doa ni semoga Allah jodohkan laki yang aku idamkan. Hahah tapi kalau tak pun aku terima. Allah maha adil :)

Aku tak baik sangat dulu. Bila aku bersama lelaki aku lalai. Dan perempuan tu racun. Laki pula nafsu nya satu. Apa salahnya perempuan yang berundur diri jika sesuatu hubungan tidak halal sudah melibatkan zina dan maksiat. Minta tolong dekat Allah jika rasa sangat susah nak lupa dia. Insha Allah Allah tolong.

Banyak benda aku perlu belajar. Banyak benda aku membazir waktu. Ap aku dah sumbang sebagai individu dalam islam ini malah dunia ini juga? Umur dah 21. Masih dalam motivasikan diri. Manusia tidak sempurnakan? Tidak sempurna itu kita cuba minta Allah ingatkan kita supaya hati tak gelap dan rugi hidup kita. Alangkah rugi kalau kita tidak cuba untuk hijrah demi hari walaupun sedikit.

Terima kasih Allah kerana buka hati ini. Bila aku lalai Kau ingatkan aku.

Next entry 'Dakwah' ada sangkut paut dengan entry ini.

Night!