Assalamualaikum.
Kalori setiap langkah aku jalan boleh hapus lemak lemak dan makanan aku ternak hari hari. Kerana setiap pergi dan balik kerja aku adalah satu excersice untuk aku. Bonus. Mavelousss.
Ok. Aku mula cerita, aku jalan jenis rilex malas jalan cepat-cepat. Jalan sambil berangan gitu, sambil menikmati udara KL.
K jadi satu cerita setiap balik kerja aku dah mula jalan cepat pantas dan cergas. Ada seorang perempuan india tempat kerja aku, jalan macam berluncas. Penat hari-hari aku main-main lari dengan dia. Tapi selalu kalah. Kalau aku keluar awal dari dia pun kalah. Alih- alih dia sampai dulu. Halimunan rasa.
Tapi suatu hari, aku dah boleh menang dari dia dengan menggunakan intensif seperti. Pertama, aku beli tiket awal iaitu masa pergi aku dah beli tiket untuk balik nanti. Kedua, qas nasihat balik pakai payung kalau hujan, tapi payung membebankan, aku hiraukan aku jalan sambil hujan renyai-renyai. Tapi aku still pakai sweater tapi dia tak pakai apa pun. Ketiga, aku jalan laju laju laju laju gila kalah berluncas, natijahnya balik suruh adik urut kaki ini, sobsobsob.
Akhir sekali, aku ikut jalan pintas yang dekat dan tak ramai orang.
Nak cerita dekat sini, nak berjaya kena ada plan, kena usha lebih, kena buat lebih apa orang tak buat kita buat. Tapi, yang aku buat ini just nak lawan aku boleh sampai awal di ktm. Adik semu sahabat semua cuba cabar diri benda lain untuk kemenara gading k. Good Luck future.