Ya Allah, inginku berbicara denganMu, hati ini, jantung ini dan segala ada pada diri ini hanya pinjaman dariMu. Moga diri ini sentiasa mengingatiMu. Moga kau sentiasa berasama aku, ketika senang dan susah.
Banyak perancang diatur, banyak perancangan diimpikan. Ada baik ada buruk. Apa yang kita nak tak semestinya benda itu elok kita. Yakin pada Allah. Diakan merancang dengan cinta, kita hanya cita-cita.
Ayah, ibu dan family. Allah maha memberi dan Allah pinjamkan kalian untuk sementara. Kalian sangat berharga pada diri ini. Dan anugerah terindah yang aku perolehi adalah kalian. Aku tidak mampu memberi apa-apa pada kalian. Aku doa moha Allah sentiasa merahmati kalian dan menjaga kalian. Ingat kerana kita disini, bahagia sedih suka duka milik Allah. Jadikan family kita seperti sunnah Nabi Muhammad SAW kita.
Friends. Thanks for everthing. Kawan-kawan ada kebahagian extra untuk aku lengkapkan hidup ini dan juga berkongsi ilmu. Ada kawan baik, kawan sentiasa mengingati Tuhan. Ada juga kawan yang tidak sesuai dengan kita. Tapi, cuma niat ini satu, aku punya family pun, niat aku berkawan hingga ke jannah. Moga hati sentiasa dijaga dan kita sentiasa berkasih sayang. Love.
Mak. Mak cha. Atok dan tok wan. Rindu sangat. Allah lebih menyayangi kalian. Dahulu Allah beri rasa sayang dan kasih tapi sekarang Allah menggambil kembali. Aku sedar apa ada di dunia hanya semetara. Moga tenang disana. Al-Fatihah
Cita2 punya dua, cikgu or turun generasi arwah mak untuk menjahit. Inshaa Allah sedang berusaha untuk dua ini. Moga hati kuat dan rajin sentiasa.
Hidup demi hari ke hari, ingin berubah jadi lebih baik. Dapat bermanfaat kpd ibu bapa dan masyarakat. Buat apa kita suka dan tidak suka mungkin orang akan sindir tapi jangan risau bukan mereka yang memberi rezeki dan juga bukan beri bahagia tapi Allah. Teruskan dan teruskan, asalkan dijalan redhai Allah.
Future, banyak benda untuk dilakukan apabila halal kelak. Moga kau kuat, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan baik, menjadi lelaki yang soleh dan niat yang baik juga dipermudahkan.
Allah, terima kasih segalanya. Tiada ketenangan dapat perolehi selain Kau. Moga setiap langkah jalanku diredhai olehMu.
Amin.