Assalamualaikum.
Lama nya tak update. Dah berkurun pun vacation dekat Cameron Highland wondergirls. Basi dah tapi pengalaman dan kenangan masih ingat. Jadi aku mahu mula bercerita serba sikit mengenai vacation kami bertiga. Cool tak?
Hmmm. Bulan 5 rasa pergi. Masa tu sebulan nak puasa. Wondergirls need vacation. Haha. Ceritanyaa nak buat trip dekat kawan-kawan sekola lagi 5 orang. Nak pergi pulau perhentian lah.. Tapi masa kami berbeda. Kita orang dah plan but still krikk krikk. So jadi vacation tanpa dirancang dengan tiba-tiba. Cakap itu ini apa yang best, nik book hotel, aku plan aktiviti dan tempat kita orang nak visit. Haaa korang minggu ni free kan? So kami bertiga dengan jaya nya 2 hari 1 malam (sabtu dan ahad) pergi cameronhighland tanpa fikir apa-apa. Hehe
You know what?! Aku dan nik tak pernah pun pergi cameron highland sejak baby sampai dah 22 tahun ni. Kesian kan kan. Haha. So tu jom lah pergi jom lah pergi. Alhamdulillah sampai juga.
Mengenai Hotel the best hotel pernah mengginap. View dia sangat cantik dan rasa atas awan. Huhuhuhu cakap je keluar asap kepul kepul, feeling korea! Hotel apa duduk tak ingat. Yang book nik punya kawan.
2 hari 1 malam cukup nak pergi sini. Tapi suasanan pagi dan pentang dekat sini memang perasaan dia Masya Allah tenang dan cantik. Rindu saat petang dan pagi. Dorang pagi2 dah bangun berkebun, feel kampung masa tu.
Sampai cameron tempat first kita orang pergi dan belum check in hotel lagi, tempat ni kita orang pergi. Sebab tak jumpa hotel lagi, jumpa taman bunga ni dulu, semua girlss jadi excited. Tapi dinasihat kan pergi masa korang nak balik. Mana tahu nak beli bunga dalam tu. Nanti beli awal layu dan tak segar ke kan!
Kawasan ni memang banyak anjinh, tapi sebenar anjing tu tak kejar pun. Kita orang yang lari nak gila. Hmmm tak boleh lupa.
Back to home! Muhehe. Alhamdulillah. Bagi aku cameron ini cantik view-vew dia dan fresh. Tapi biasa-biasa je. Hahaha
Btw belah malam kita orang ada pergi pasar malam dia. Ingat jual lah makanan2 macam pasar malam sini. Tapi jual sama je stoberi, sayur, kektus, cekelat dll. Hmm masa tu Ya Allah lapar ni. Makanan ni je ada :( hahaha orang first time datang.
Dan banyak lagi tempat2 boleh lawat cuma kita orang banyak tak pergi. Nanti google k. Kita dah lupa sebab baru nak update jadi semua nama tempat pergi lupa. Hehe
Tunggu next travel kita orang tau! Love.



















