Tuesday, 5 April 2016

Itinerary Malang, Indonesia (Surabaya)



Assalamualaikum.

Sekeliling BROMO sangat cantik, Amazing!! Rasa nak ada dekat sana setiap pagi dah terpacak dekat tempat tengok sunrise di ( Penanjakan 1.  ).  Sejak dua menjak ini ramai yang PM di Facebook dan Instagram  menanyakan  mengenai  Bromo, price, tips, transport dan lain-lain. So sis cerita dekat sini dan terima ayat tunggang langgang sis okay? Sis cuba share apa sis alami sendiri sepanjang di Indonesia. Tapi fully about BROMO next entri sis update.






Tahun lepas aku dan dua rakan aku dah book tiket ke Surabaya sebab murah je masa tu ada promotion, tak silap dalam RM250+/3days, tapi lepas dah bayar semua terfikir kenapa pergi surabaya? Ada apa kat sana? dan paling penting kenapa book tiga hari je? Hahaha semua blur dah masa tu. Redha apa terjadi dan survey punya survey apa ada dekat Surabaya tempat kita aim adalah BROMO, sebenarnya banyak tempat menarik di Malang tapi Bromo sahaja destinasi yang boleh kami pergi. And start hari itu dan sehingga sampai Bromo, aku akan mimpi Bromo je kerja, supaya boleh jadi kenyataan. Hehe dan akhirnya jadi kenyataan sebab awal tahun hari itu keluar berita Bromo tutup. But jangan risau Bromo dah buka balik dan April cuaca dekat sana sangat baik. So mahu melancong ke sana bulan April yang terbaik.



Malaysia

Surabaya


Airport Juanda Surabaya adalah point kita orang mendarat dari KLIA. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang dalam flight. Naik flight ke Aiport Juanda Surabaya tepat jam 2 petang tapi delay 3 petang baru fly ke Surabaya dan kami sampai Surabaya jam 6 petang waktu Indonesia (7 waktu Malaysia). Masa aku sampai di Airport cuaca nak gelap dah, dalam 6.15 petang dekat Indonesia awan sudah gelap. Sepanjang mendarat di Surabaya view dia sangat cantik dan banyak gunung ganang aku nampak tapi nama gunung tak tahu. Hehe


From Airport Juanda ada orang yang ambil kita orang dan mereka dua  Mas Najib dan Mas Fahmi
(dua orang ini tour guided kita orang sepanjang di Malang dan mereka adalah salah satu pelajar di  Universiti  Malang ).






Mengenai transport aku sewa kereta untuk tiga hari terus. Mudah dan save budget, yang bawanya Mas Najib sebab dia tahu semua jalan segala pelusuk cakap je kita orang nak pergi mana, Mas akan bawa mana saja nak pergi. Kalau naik teksi dan perkhidmatan awam lain dah tentu mahal, satu denstinasi je boleh pergi dan akan ada caj setiap destinasi, leceh dan waktu sangat terhadkan? PRICE CAR RENT FOR PER DAY : IDR 250.000/Day (sila tukar ke duit Mesia :p)


Aku menginap dekat Malang sebab BROMO dekat dengan Malang, Malang ke Bromo (2 jam-3jam). Surabaya - Bromo ( 5-6 jam) rasa nak stay mana? Hahaha. Mahu memudahkan aku nik dan amalina tidak terlalu penat duduk lama di kereta masa mahu ke Bromo nanti,  kami cari hotel di sekitar Malang. Kalau korang nak tahu dari Aiport Juanda Surabaya ke Malang ambil masa 2 jam nak sampai Malang, kalau jem jadilah 3 dan lebih jam, tengok keadaan juga kalau clear jalan aku rasa bawah 2 jam pun boleh sampai tapi pasti ke tak jem, Hehe. Sakit pinggang tengkuk tulang duduk dalam kereta lama sangat tau :(

Mengenai tempat tinggal kami di Malang, kami stay di Aventree Homestay. Homestay dia berkonsepkan ala ala Korea, tak payah ala ala sangat memang korea pun. Homestay Aventree ini juga ada cafe juga tau, 2 dalam 1 tau! Cafe Aventree juga semua makanan korea, bibimbap ada, rameon ada dan semua makanan boleh tengok dekat web site Aventree. Harga makanan korea di Aventree jauh lagi murah dari Malaysia, mana nak dapat harga macam ini kan? So makan sepuasnya. Hehe Dan tak tipu masakan Korea Aventree Cafe sangat sedap, korang patut cuba semuanya if rasa nak stay sini tapi please stay sini kalau rasa nak pergi Malang nanti. Hehe

Bilik, bilik air dan service sangat bagus. Orang dia pun sangat baik dan peramah. Bersih, nyaman, tenang dan semuanya okaylah 100% nora bagi. Sila stay dekat sini okay? Hahhaha. If nak tengok bilik boleh ke laman web Aventree!






Boleh terus ke laman web AVENTREE HOMESTAY & CAFE dan satu-satunya yang boleh booking Aventree Homestay hanya AGODA SAHAJA. Cuma nak cakap Good Luck book dekat AGODA, anda perlu ada kesabaran yang tinggi! Hehe PRICE HOTEL PER DAY: RM55/day.






Nasi Bebek

Cuma nak cakap pedas sangat :(

Makanan:

About makanan korang tak perlu risau makanan dekat sini sangat murah RM 1 pun dah boleh dapat. Makanan kita orang serah kepada Mas Najib je, dia akan bawa kita orang makan paling hot di Malang. Seperti Nasi Bebek (sangat sedap dan pedas gila), Mee Setan, Bakso dan lain-lain. Untuk pengetahuan korang Malang ini banyak Universiti dan banyak student dan aku rasa sebab tu murah dan banyak cafe hipster macam dekat Malaysia, banyak pula dan nyaaa. Tapi kita orang tak banyak  makan sangat pun dekat sana, sebab waktu terhad, mybe. Haha Nak pergi Cafe Hipster pun tak sempat tau.

Siapa suka Coklet Snickers? Dekat sana murah je jual, Snickers yang panjang tu dkt Malaysia RM6+, sana RM3+ boleh dapat. Nak beli cari kedai apa-apa market tepi jalan. (Budget MAKAN aku: tak sampai pun RM50)




Next update sis akan cerita fully mengenai Mount Bromo dan Budget ke Bromo sekali okay?  Sebenarnya hari pertama kita orang tiga ada tema pakai baju warna putih and I wearing my design dan khas jahit untuk Bromo. Sanggup tu :p

Sekian, Jsyf.