Tuesday, 2 August 2016

Itinerary USS Singapore

Assalamualaikum.

Aku rasa macam nak pergi lagi USS Singapore, permainan dia sangat menyeronokan! Kalau tak beratur panjang dah lama 3-4 kali aku ulang main. Tapi apakah daya............

Okay. Sambung kalau nak tahu lebih lanjut!



Aku naik flight dari KLIA 2 ke Aiport Senai Johor, tiket aku beli masa promosi dalam RM87 (pergi-balik) Murahkan? So bila promosi pastikan duit dah ada dekat bank online, nanti boleh dapat tiket harga  camni dan ada murah dari ini pun boleh dapat. Tiket aku beli tahun lepas bulan 12 (2015) . So pergi aku ambil tarikh 23-24 July 2016 (lama juga nak tunggu) tapi dari jarak kau tunggu tu boleh simpan duit hotel, makan dan nak masuk USS nanti. Tu la tips nak mudah pegi travel. Sebab ada GAP masa beli tiket dan masa tiba nak pergi travel untuk kumpul duit anda, tak delah pokai. Hehe

Pergi travel tak semesti kaya dan orang banyak duit je boleh pergi travel, so selalu nak pergi banyak tempat cara macam atas tu aku buat, selain itu aku akan buat plan budget backpacker punya, sebelum pergi kena research dan plan. Paling penting pergi dalam 3-6 orang, untuk jimat duit public transport atau hotel.


3 Hari 2 Malam

Kami menginap di Hotel Sentral Johor Bharu ( RM200+) untuk 3 Hari 2 Malam ( Bahagi 4 orang dalam RM70 Seorang) Hotel sangat selesa, katil pun ada dua. Muatlah untuk 4 orang tidur, nak 6 orang pun muat.

First Day : Friday

Flight dari KLIA 2 jam 7.50PM, tiba di Aiport Senai Jb jam 9.50PM
Aiport Senai ke Hotel Sentral JB boleh tahan jauh juga, jadi boleh pilih nak naik teksi atau bas. Kami pilih naik Bas (RM8 Seorang) So okay lah harga dia. Dan aku rasa nak dekat sejam juga nak pergi Hotel.

Kami turun di Stesen Bas JB Central dan kena jalan banyak sikit ke Hotel kami menginap. Haha Masa ni tak tahu hotel dekat mana, puas tanya orang. Kita orang ikut firasat dan girlpower, akhirnya nampak juga lambang besar Hotel Sentral JB. Not too bad nak explore kekadang kans?

CHECK IN AND SLEEP






Second day : Saturday

USS Singapore

Dari Johor Bharu ke USS Singapore kami menaiki bas.


TIKET DAN BAS USS

Tiket USS : RM150 (Beli dkt Brother Umar, boleh emel saya if nak nbr brother ni fiqazizan@gmail.com)

Bas Return : Pergi balik dari Hotel Tune JB - USS dan USS - Hotel Tune JB hanya RM30, Boleh emel juga if nak nbr sister Puteri ni.

Trust buyer Brother and Sister ni dan paling best murah kan? Total RM180

USS Singapore view dan setiap bangunan dia sangat cantik. Nak tengok show pun boleh. Real jumpa ELMO AND FRIENDS, excited juga aku.


Aku pergi hari sabtu dan orang terrrlalu ramai, setiap permainan nak tunggu pun 2 jam baru dapat main. Tapi permainan USS sangat best. Permainan wajib perlu main Transformer dan Mumia wajib main! Sebab sangat best, rasa nak main lagi tapi tak sanggup nak tunggu lagi 2 jam.

Sebenarnya tak habis main semua pun dan gambar pun tak banyak hanya sebab MENUNGGU PERMAINAN. Makan dan nak pergi tandas pun tak sempat. So aku rasa nak share tips dekat korang yang nak pergi USS Singapore kelak.

 
 
 

    









 


Waktu pergi :

Aku galakan korang pergi hari weekdays (ISNIN,SELASA,RABU,KHAMIS ATAU AHAD) kenapa tak hari jumaat? Sebab siapa yang memang stay hotel jb, johor kan cuti jumaat dan sabtu dan immigration sangat sesak dan ramai orang. Nak tunggu cop bagai ramai sangat orang dan dekat situ korang dah buang masa, silap-silap masuk USS pukul 12-1 PM, kan rugi? Salah satu faktor lain jalan ke sepadan JB dan USS sangat sesak dan jem. Buanglah masa lagi. Public Holiday pun aku rasa ramai, so nak rasa main semua dekat USS tu jangan pergi Public Holiday dan Weekend.

Tapi ada 2 cara kalau nak pergi waktu weekend dan public holiday.

1) Kalau nak pergi juga public holiday dan weekend tapi nak rasa main semua? Beli lah tiket Express, harga not sure, mybe 2-3 kali ganda harga asal. Tapi berbaloi boleh main semua dan banyak kali nak main pun boleh sebab tak payah beratur panjang sampai 2 jam. dam 10-15 minit dah boleh main. Tu yang best. Mengenai tiket Express boleh tanya Brother Umar.


2) Menginap di hotel budget Singapore dan anda boleh masuk USS awal sebelum orang dari Malaysia datang. Nak tahu hotel budget Singapore dan tips lagi boleh contact Brother Umar juga.

Makan:

Makanan kalau nak beli dekat dalam USS memang mahal tapi nak rasa bolehlah beli dalam satu ke dua ke dan share dengan kawan. Kalau nak jimat boleh je bawa makanan dari luar atau beli siap-siap dari Malaysia or Jb. Tapi pastikan jangan letak makanan dekat bag macam dapat dari University atau contoh lain bag tangan tepi tu. Sebab selalu bag macam tu dia cek apa aku perhatila. Kalau nak okay bawa bag belakang dan nanti atas tu letak lah kain apa-apa untuk tetiba dia cek ke kan haha kita tak tahukan? Nanti rujuk gambar aku dengan kawan aku bawa bag macam mana. Boleh la jadi contoh.

Tandas :

Tandas dia tak ada paip dan mahupun air dalam bilik air dia, so bawa lah botol air kosong atau botol air korang bawa dari luar jangan buang. Nanti isi air dekat botol air kosong tu kat singki bilik air. Gila apa satu hari dalam USS tu tak buang air kecil?

Surau :

Jangan risau surau pun ada, telekung pun ada. Tapi tak nak berebut dan nak selesa bawa sendiri!

Informasi tambahan jangan lupa bawa baju hujan siap beli dekat Malaysia sebab baju hujan dekat dalam USS sangat mahal. Dan sesungguhnya bawalah dua baju hujan, satu untuk bahagian angota tudung-baju-seluar dan satu lagi nak tutup kasut korang kalau siapa tak nak basah tu. Baju hujan ni kegunaan dia bila korang nak main dekat jurasic dinosaur water tu, so ikut luck korang basah atau tak. Tapi luck aku, nik dan mira memang basah kuyup, cuma Amalina tak kena. Memang ikut luck lah, jadi jangan mengada tak pakai. Sebab aku mula ingat tak basah ni, kasut je basah  aku pun tutup bahagian kasut je. Tengok-tengok sampai satu tempat yang ikut luck siapa terkena air tu dia lah basah kuyup dan kami tiga orang basah kuyup habis :( sabar jelah



Third day :

Balik naik flight jugaaaa! Dan esok kerja Hehe

Hanya semata nak perg USS Singapore, hahahhaaaaaaa

Duit guna pun sangat save.

Budget :

Tiket return KLIA 2- JB / JB - KLIA 2 : RM87

Tiket bas dari aiport senai JB ke hotel sentral : RM8 

Tiket Bas dan Masuk USS : RM180

Hotel : RM70  (nak jimat menginap di hotel tune sebab bas USS tunggu depan hotel tune, nanti tak perlu naik teksi dah dari hotel sentral ni)

Makan : RM50 (Pasti beli kudap or roti siap-siap, takut tak jumpa kedai makan atau tak sempat nak membeli)

Teksi return tune hotel - hotel jb sentral : RM10


Total : RM405


Nak tips tak keluar DUIT sekali gus beli tiket flight awal setahun atau 8 bulan macma tu. Selain tu, hotel book awal 3 bulan. Akhir sekali, tiket USS dan bas book 2-1 bulan awal. Jadi tak nampak duit keluar macam air dan rancang pembelanjaan anda dengan bijak. So jangan anggap kaya je boleh travel. Sekali sekala cuba teroka bumi Allah ni. Hehe

InshaAllah next time nak pergi balik USS SINGAPORE , sebab salah time aku pergi so tak dapat teroka semuanya.

FULL VIDEO









Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.