Tuesday 16 April 2019

Travel Tips

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Assalamualaikum
Bila travel, lain orang lain ragamnya. Kali ini aku share tips travel selalu aku lakukan sebelum travel. Tak kisah travel luar atau dalam Negara. Lagi jauh tempat aku nak pergi, lagi banyak preparation  yang aku akan buat. Ini antara tips travel yang selalu aku lakukan :-


1. Pertama sekali sebelum travel wajib untuk aku tahu destinasi travel mana yang aku nak pergi dan juga berapa orang travelmates akan join. Bila tahu dua perkara ini mudahlah aku nak rancang percutian lagi details. Seperti, tarikh, budget, apa perlu bawa, do and don't masa travel, bahagi tugas dan prepare maps tempat nak pergi (fully itinerary). Selalu aku akan buat preparation dalam masa 6-9 bulan sebelum pergi, of course tiket pun dah beli awal baru aku dan travelmates boleh open table dan aku akan buat perjumpaan dengan travelmates yang join 2-3 kali sebelum pergi.

2. Sebelum travel wajib untuk aku research lagi details tempat yang aku nak pergi. Selalunya 6-9 bulan sebelum flight aku akan jadi Detective Conan. Hehe. Dari research aku buat ini, banyak benda aku tahu dan belajar. Paling best aku buat research travel aku ke India Tahun 2017. Setiap apa aku research lagi banyak benda aku belajar dan semestinya " I LOVE WHAT I DO". Selalunya aku akan buat research mengenai train,flight,insurans, details maps, harga setiap entrance dan banyak lagi.

3. Travel yang still on going wajib aku buat group whatsapp. Apa-apa details aku akan copy/paste dalam group whatsapp. Seperti, details travels mates dari nama penuh, no passport, date birhtday dan IC number (jika perlu), details flight, insurance, itinerary dan isu semasa berlaku tempat yang aku nak pergi. Bila apa-apa berlaku senang nak cari semua details dalam group whatsapp yang di create.

4. Budget yang lebih terperinci sangat penting bagi aku walaupun sesetengah orang redah je bawa duit RM1000 untuk semua perbelanjaan maksud aku tak ada langsung budget pembelanjaan secara terperinci. Aku dan gang travel kebiasaanya  akan buat budget lebih terperinci, seperti duit hotel/homestay, duit transport, duit entrance, duit makan, duit simkad, duit shopping (ikut individu),duit driver and more important duit emergency. Alhamdulillah aku praktis buat cara macam ini, setakat ini aku tarvel lagi teratur dan lagi mudah sebab setiap duit ada budget tersendiri. Paling penting lebih mudah untuk aku dan gang travel untuk kumpul duit.

5. Insurans sangant penting bila seseorang itu travel. Selalunya aku akan ambil insurans sekali semasa beli tiket flight sekali luggage sebab apa-apa berlaku luggage kita ada secure sikit dan termasuk masa penerbangan. Itu untuk insurans masa kita dengan flight, sejak plan nak pergi jauh insurans semasa kita dalam sesebuah Negara pun sangat penting. Lepas beli insurans wajib korang cek policy bebetul dan tarikh insurans itu cover kita punya perjalanan sampai bila/ bilangan hari.

Ok, 5  tips travel aku share secara ringkas. Next time aku share lebih lagi dan semoga bermanfaat untuk kaki travel. Hehe