Wednesday 20 May 2020

TATACARA SOLAT AIDILFITRI KHAS PKP/ COVID-19

Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah kita semua diberi nikmat menikmati bulan puasa tahun ini dengan lebih banyak masa dekat diri dengan yang Esa. Tahun in juga kita sambut puasa dengan kelainan, tidak sama dengan tahun tahun yang lepas. PKP yang kita lalui ini penuh hikmah, sama-sama kita sabar dan ikut SOP yang telah diberi oleh kerajaan. Ok?

Tahun ini juga ramai lelaki yang menjadi imam di rumah untuk solat Jemaah Maghrib/Isyak/Terawih bersama keluarga, dimana sebelum ini ada tidak pernah menjadi imam kan? hehe banyak hikmah kan? banyak juga kita belajar benda baru kan? dan yang penting kita Jemaah bersama keluarga yang jarang-jarang berlaku pada zaman moden ini, kerana ada mereka yang sibuk.

Disini aku nak share sikit TATACARA SOLAT AIDILFITRI. Sekarang memandangkan kita semua tidak boleh pergi ke masjid kerana PKPB dan COVID-19  dan perlu ikut SOP kerajaan. why not solat Hari Raya ini kita buat Jemaah bersama-sama keluarga di rumah juga. Rasa juga feel raya tu kan.

Rujukan aku untuk  Tatacara Solat Aidilfitri, aku dengar di ikimFM slot Tahsinul Ibadah oleh Ustaz Ahmad Lutfi. Bagi aku ustaz ni terang sangat jelas dan mudah untuk kita lakukan di rumah. Kalau nak dengar ulangan perkongsian Ustaz ini, boleh shj pergi dekat faceboook ikimFM (slot ni bertarikh 21/05/2020 pada hari khamis atau klik link ini :IKIMFM

TATACARA SOLAT AIDILFITRI

1) Niat

Semasa angkat takbir niat sekali. Niat-nya adalah "Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri 2 rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah"

(Rakaat pertama)

2) Baca Surah Iftitah

3) Takbir 7 kali

Bacaan zikir antara takbir adalah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar”

4) Selepas takbir ke 7

Baca surah Al-fatihah
Di ikuti dengan Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau nak mudah  Al-Kafirun pun boleh.


(Rakaat kedua)

5) Takbir 5 kali
Bacaan zikir antara takbir adalah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar”

4) Selepas takbir ke 5

Baca surah Al-fatihah
Di ikuti dengan Surah Al-Qamar  atau nak mudah Al-Ikhlas pun boleh.

Selesai solat Hari Raya Aidilfitri boleh baca khutbah. Tajuk khutbah boleh kita print siap-siap dekat laman web Jabatan Agama Islam atau dekat link ini TEKS RINGKAS aku ada jumpa Teks khutbah bertajuk: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19.

Tapi jika di rumah hanya ada perempuan shj, tidak perlu ada khutbah. Khutbah ini di baca oleh lelaki shj.

Mudah kan? Yang ini  aku share rumusan ringkas dari ustaz Ahmad Lutfi. Untuk lagi details boleh cek link aku bagi dekat atas.

Semoga bemanfaat! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)