Kalau di lihat tajuk entri atas mesti korang dah tahu aku nak cerita pasal apekan dan juga tengok dah berpart 1 jadi korang pon tahu juga ade sambungan nye. Miahahahahaa.
Macam gini, kamik mahu kecek sikit *metang-metang sabtu ni 29 june ni kelantan lawan JTD. Agak-agak korang sape ha menag? Kriiihh, lari topik. Ok kitak sambung, macam gini patot aku nak update hari rabu pasal peneng, tak pun bebalik peneng esoknya kalau boleh nak update dah. Tapi apekah daya, kekangan masa, sebab aku balik dari peneng ke selayang hari sabtu ahad nye kene balik shah alam dah, dan adelah sikit-sikit nak paking barang balik shah alam dan sebagai practical student / intern.
Ok kite mula k.
Sebenar dah lama nak pergi peneng, tapi baru kesempatan dapat pergi. Aku rasa last aku pergi peneng semasa aku tingkatan 4. Lamaa gilaa dah berkurun abad. Dan dalam banyak negeri aku suka Peneng, ade sebab tersendiri aku suka. Ihiks. Dan yang boleh aku cakap trip aku travel dekat Peneng bersama Nana dan Fiza sangat cool dan best. Hehe.
Kite cerita disebalik gambar pula, disebabkan ade sambungan dan ianya Part 1 jadi ini first day kite orang dekat Peneng. Time ni kita orang pergi peneng naik train ETS saje, tiketnya 9 Pagi, rushing nak gila aku ingat kan dah lambat maklumlah kat kepong jem sikit pepagi buta ni, rupa-rupanya lambat pula trainya tibaa. Dengan sarapan pun tak lagi, terpaksa beli makanan dalam train yang mahal 3 kali ganda dari tempat pelancongan -,- cekik darah seriously. *sambil taip entry dengar lagu GD Crayon.
Semua gambar diatas semasa aku dekat Bukit Mertajam, train ni behenti sat sebelum tiba diperhentian akhir di Butterworth. Part 1 just biasa-biasa je, gambar pun tak banyak mana pun. Tapi Part 2 and 3 gambar memang banyak. Ihee. Tak duduk diam juga aku dalam train, lelagi duduk sesorang kat seat macam-macam gaya aku duduk nya. 6 jam nak tunggu sampai Butterworth memang lama.
Yang tak boleh lupa, masa dekat Bukit Mertajam ramai juga penumpang turun, aku duduk lah sebelah Amalina. Bila train dah nak gerak pergi Butterworth, dalam perjalanan kite orang nampak satu jambatan ni sebijik macam jabatan Pulau Pinang tapi heran juga kenapa pendek je jambatan Pulau Peneng ni, tapi tanpa fikir ape-ape kite orang dah teruja cakap kira kuat juga kata Ehhhh tu jambatan pulau peneng, tu laut laa. Siap amik gambar lagi. Tapi kan rupa-rupanya tak. Mak Cik dekat belakang aku gelak kan kite orang, nampak tak batak kite orang kat situ? Hahaha, malu juga time camtuh, tapi aku time tu gelak tak tehenti je. Sebab kelakardengan kebodohon kite orang, nampak sangat lama tak pergi peneng, lepas tu mak cik tu bagi lah tahu tu jambatan ape dan tu bukan laut tu sungai. Hahahahahaa. Serious, malu je :3
Samapi je di Butterworth, kite orang ke seberang iaitu Georgetown naik Feri, murah saje RM1.60 untuk yg tak bawak kenderaanlaa. Tak silap aku lah. Transport aku tak tahu. Lepas sampai Georgetown naik Bus Rapid Peneng ke Airport, kite orang tiga menginap sepanjang dekat peneng di Rumah Mak Uda dan Pak Uda Amalina kalau korang nak tahu. So save budget, tak yah nak tido hotel bagai. Kalau korang nak tahu juga kita orang pergi pusing satu peneng naik bus rapid peneng je. Rapid Peneng ni memang famous amous di peneng, semua tempat pelancongan dia pergi. Nanti next entry aku cerita okay? Huuuhuuuuhuu
Dan bila pergi peneng memang nampak kite orang KL, asyik orang dokk tanya je. Dan dan dan kite orang sampai rumah Mak Uda Amalina maghrib tahu, dari jam 9 pagi hingga maghrib spent masa perjalanan nak pergi peneng je. Tulah naik train memang lambat. Soo, hari rabu tu kite orang tak pergi memana pun. Bebalik, solat, makan, rehat-rehat then tdoo. Dan esoknya barulah mula travel. Tunggu Next Entry okay ?
*Preview picture for Next Entry, tunguu yaa! ^___^
Okay, aku rasa aku perlu tido awal sebab esok jam 5.30 pagi aku dah kena bertolak pergi PGRM Cheras untuk Event Hidup Luar Biasa (HLB) dari DR. Azizan Osman. First event sebagai intern student di Richworks International, jumpa ramai peserta dan kebanyakan yang datang ialah peserta yang bukan calang-calang orang tau. Trade mark - Anda kaya Anda Berjaya. Hahahahaa :D
Dan seronok sangat jadi student practical di Richworks International, sebab ape? After, semua entry pasal travel peneng ini habis aku cerita okay.
Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa (: