Showing posts with label #peneng #travel #pulaupeng #vacation. Show all posts
Showing posts with label #peneng #travel #pulaupeng #vacation. Show all posts

Wednesday, 12 July 2017

Tergantung.



Cukup Disini perjalanan kita

Menghukum Diri mendera hati ini
Terhimpit Dengan suasana

Berat Rasanya sukar diluahkan

Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi

Dibiarkan Begitu saja

Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua




Sunday, 9 July 2017

TRAVEL : Miri, Sarawak.

Assalamualaikum

Dalam setiap travelling ada sesuatu perlu kita belajar, barulah setiap perjalanan kita tuju itu bermanfaat.

Bulan February cuaca di Miri, Sarawak sangat baik. Tak panas sangat dan tak juga selalu hujan. Senang kata baik baik je nak berjalan dekat Miri bulan February.

Trip aku kali ini ke Miri menaiki flight dari KLIA2 ke Aiport Miri (beli tiket October 2016, masa aku beli ni promosi dalam RM80+ RETURN). Why aku nak pergi Miri? ada banyak sebab, antara sebab nak pergi Gua Niah, nak rasa pergi belah Sarawak pula, rasa makanan dan culture dll. Dan paling penting bila dah sampai Miri, jangan lupa pergi ke Brunei sekali menaiki kereta, drive sendiri Miri-Brunei. pakej 2 in 1. Orang kata kalau pergi Miri rugi tak ke Brunei sekali tau. Aku cerita next entry! Hehe


Noted: If ada yang nak pergi Brunei macam aku, jangan lupa minta dekat abang sewa kereta tu, salinan grand kereta sewa kita nak guna tu, sebab benda tu nak kena ada masa masuk Brunei. Abang aku sewa tu dia ambil upah dalam RM50, bagi aku okay dengan harga aku bawa jauh kereta dia dekat Brunei, sebab nanti abang tu mesti nak service kereta dia. So tak de aku berkira sangat. Take noted untuk ke Brunei tu!


TRANSPORT :

Bagi mereka yang mahu ke Sarawak dan juga mahu ke Brunei, eloklah sewa kereta di Miri. Kalau pergi travel dalam 4-5 orang sangat jimat untuk sewa kereta. Boleh korang tong tong 4-5 orang duit minyak dan kereta. Kita orang sewa kereta myvi untuk 3 hari dalam RM100/ Hari (sebenar kita sewa kereta axia/viva harga RM100/Hari. Tetapi hari dah sampai aiport Miri abang yang bagi sewa kereta tu bagi aku kereta myvi dengan harga RM100/Hari, kira rezeki. Aku pun okay dan on sebab myvi lagi besar dan paling best myvi sangat jimat minyak. (nak nombor abang yang aku sewa kereta boleh dm aku di fb aku : Syafiqa Azizan) 

Setel transport korang boleh pergi bawa mana korang nak bawa, tak tahu jalan? Jangan risau aku sendiri pun tak tahu jalan dan hanya menggunakan WAZE jeee, Hehehe. Jalan dekat Miri ni tak susah pun dan hati-hati jalan dekat Miri banyak juga sehala, tapi tak ada banyak sangat pun. Jangan lupa pakai seat bealt dan jangan sesuka hati hon hon.

HOTEL :

Mengenai penginapan korang boleh booking dekat BOOKING.COM ambil hotel nanti dah menginap dekat hotel baru bayar dekat hotel yang korang book. Jangan risau dekat Miri banyak hotel, aku cadang lagi 3-4 bulan booking cecepat okay. Senang nak kira budget dan juga aku nasihat bagi mereka yang nak bebetul nak murah dan trip travel yang budget pilih je hotel yang menawarkan harga paling murah dan selesa. Selesa maksud aku katil okay, air cond pun ada, siap aku request extra bantal dan nak iron. Masa aku buat pendaftaran dekat hotel aku menginap, pihak hotel terus bagi extra bantal dan iron yang aku request dekat booking.com tau! Haa korang boleh try macam aku buat ni juga. Hehehe sebab aku book dekat hotel Brunei pun, masa daftar dapat apa kita request dekat booking.com (sebelum book hotel tengok MAP hotel dekat mana, ambil yang dekat dengan bandar Miri)


Setel Transport dan Hotel.

Mari kita ke agenda lain pula.



Day 1 :

Jalan sekitar bandar Miri dan misi menacari makanan Sarawak. Boleh try tengok view dekat Canada Hill, sana boleh nampak view bandar Miri. If nak masuk The Grand Old Lady atau Petroleum korang kena pergi awal sikit, masa aku dan rakan pergi waktu itu dah pukul 6 petang, tempat pameran sejarah dah tutup.

Sebenarnya banyak lagi tempat boleh pergi cuma aku dan rakan tak sempat nak pergi. Boleh try pergi, Taman Awam Miri, Miri City Fan dan Taman Buaya Jong juga!

Ok part belah malam aku pergi Pasar Malam Ria Saberkas yang satu-satunya jual kek Sarawak yang murah. Bagi mereka yang mencari kek Sarawak murah dan bagi aku sama je rasa dengan kedai yang mahal, boleh beli dekat Pasar Malam Ria Saberkas ni, kalau tak beli terpaksa beli kek Sarawak Habibi, Siti Payung dll. Nak rasa kepak ayam sedap dan banyak makanan sedap boleh pergi Pasar Malam ni juga! Before pergi boleh cek dekat google Pasar Malam Ria Saberkas ni buka setiap hari apa, okay?


                                     














Day 2 :

-Gua Niah
-Luak Esplanade (boleh la lepak dan beli makanan dijual sambil ambil angin pantai kan, pergi belah 3 petang ke bawah best ambil angin dekat sini)










































Makanan wajib korang try dekat Miri :

Mee Kolok
Nasi Lalapan (macam nasi ayam, but sambal dia sedap)
Kepak Ayam ( boleh dapat dekat Pasar Ria Saberkas)
Laksa Sarawak

Tempat shopping :

-Boleh pergi Mall sekitar Miri
-Miri Handicraft Centre
-Tamu Muhibbah






Miri, cukup dua hari dah boleh cover semua tempat yang korang nak pergi. Lagi dua hari boleh cover Brunei dengan menaiki kereta. Hehe Next Entry kita cerita. Love syf.




















Friday, 29 April 2016

Mount Bromo, Indonesia (Surabaya) (Itinerary Mount Bromo)

Assalamualaikum.

Mari kita sambung fully Mount Bromo dan sedikit ringkasan 3 days ke Malang Surabaya. Sorry for late post sebab tak sihat dan kerja banyak sangat. Hehe

Day 1 : Kami naik flight ke Aiport Juanda Surabaya dalam pukul 3 petang macam tu. Tu pun flight delay. Sampai Aiport Juanda pukul 6 lebih petang macam tu, masa tu awan dah gelap (waktu mesia pukul 7 lebih petang) 

Pukul 7 lebih tunggu guide kami ambil kami di Airport (kawan nana orang indonesia dan pelajar universiti di Malang) Dari Aiport ke Malang ( jam 8 malam dari surabaya ke malang, hingga 11 malam, baru sampai Malang) Lamakan perjalanan dia? Ini aku ringkas je sbb sebelum punya entry aku dah cerita kan. Check In hotel dan siap-siap untuk mendaki Bromo. Hehe

Pukul 12 pagi (waktu mesia 1 pagi) kami gerak dari Malang ke Hentian nak masuk pintu ke Bromo dalam pukul 3 lebih pagi baru sampai hentian pintu masuk Bromo. Perjalanan Malang ke Bromo agak jauh dan jalan dia pusing-pusing banyak, kiri kanan rumah dan perjalanan macam naik turun bukit tapi menaiki kereta, masa dari Malang ke pintu masuk Bromo kami  menaiki kereta sewa yang kami sewa. Paling seronok aku kerja bangun tidur bangun tidur  tah bila nak sampai. Paling kesian Mas Najib sebab setia jadi driver kami :(

 Setelah sampai ke pintu masuk Bromo baru tukar kereta jeep, yang ini memang wajib naik kereta jeep disewa di sana atau motor disewa di sana juga. So kalau korang nak tahu jeep memang kami tiga tahu kena ada caj bayaran (memang dalam list budget kami tiga) tapi yang kami tiga tak tahu nak masuk bromo pun kena bayar oi, kami tiga tak sangka masuk bromo pun kena bayar (lari budget sikit). Masa nak masuk dari pintu masuk bromo ni kami tiga berlakon sikit nak dapat harga diskaun masuk sana. Berlakon sampai tak boleh cakap langsung. Nak cakap indon tak berapa fasih. So senyap mampu. Hahaha kenangan sangat. Hehe






Tiga gambar atas aku searach google, ni view korang perlu nampak masa
ada dekat sini. Ini baru gambar google, pergi dekat rasa nan nagis sebab cantik semuanya!




Sekitar pukul 2-4 pagi masa ni, bintang sangat banyak dekat langgit. Cantik sangat and feeling clam.





Sunrise nampak macam ni je. Hahhaha


I can touch youuu.


Ramai sangat orang masa ni. Aku sanggup stay lama panjat nak tengok sunrise dan view cantik.




Macam gambar lukisan 3D kan? Tapi ini real. 



Benda ini buat dari tumbuhan ada dekat sekitar perjalanan nak pergi Mount Bromo. Dia akan layu bila kena air je tau. Cantik sangat!






Gambar dekat atas semua dari tempat view kami boleh tengok Mount Bromo, Gunung Batok dan Mount Semeru. Masha Allah sangat cantik bila tengok pagi buta macam gini. Rasa nak nagis masa tu dengan sejuk sangat tiga lapis baju aku pakai.

Jangan risau dekat sini ada tempat solat, bagi perempuan nak selesa bawa telekung travel sendiri walaupun dekat sini ada sedia telekung. Dan sini juga ada tandas, air dia sangat sejuk! Nak ambil air wudhuk pun menggigil nokk.

After dah tengok view dari atas secara fully dan langit pun dah cerah kami pun gerak nak pergi kawah Bromo lagi dekat. 































Sebenarnya nak ambil gambar view Mount Batok ni, tapi bila abang ni nak ada juga dalam gambar ni tu aku rasa lagi cantik pula gambar ni. Hahaha






Gunung Batok



Gunung Batok


Kami sarapan disini before naik kawah bromo. Sebab last makan pukul 11 Malam :(




Sebelah tu sahabat baik baru :P



Gunung Batok




Gunung Batok


View perjalanan Kawah Bromo


Kami tiga + Mas Najib, Mas Fahmi dan sahabat baru.




Gambar atas perjalanan kami ke Kawah Bromo, tapi dari tempat tengok sunrise tu naik jeep lah. Jalan dia mencuram betul, yelah gunung bukit kan. Jalan dia boleh tahan bengkang bengkoknya, tapi bila dah sampai tanah rata semuanya cantik apabila berada di kawasan lapang yang berkabus dan sekelilingnya sangat cantik dengan hijauan dan berbukit! Kereta Jeep berlambak dekat sini. Sebab dekat sini hanya kereta jeep je ada.


Asap dia ni bahaya tau, so bila dah sampai kawah Bromo ni tak boleh lama-lama, sebab aku kat atas nis sekejap pun dah batuk-batuk.




Why so serious.




















 Finally!! Hajat kami dari tahun lepas nak pergi kawah Bromo tercapai. I and both my princess at here! Hehe

Macam apa aku cerita entry lepas kan Bromo tutup sebab asap di over aktif dan kami sangat sedih tapi Alhamdulillah masa kami nak pergi semua tu tak ada dah. So Bromo buka balik seperti biasa and Bromo so Amazingg!

Kalau nak tahu pergi Bromo ni ada empat tempat korang boleh pergi. Pertama: Tempat kita orang tengok sunrise tu. Kedua: Kawah Bromo secara dekat. Ketiga: Pasir berbisik. Keempat: Savana (Bukit Teletubbis) Kami cuma tak pergi Savana dan Pasir berbisik. Sebab masa tu kita orang tak tahu pula nak masuk Bromo kena ada bayaran, so budget lari sikit. Hehe Tapi korang nanti pergi lah sebab dua tempat ini pun cantik! Ok settel mengenai Mount Bromo! Kita cerita budget dan harga masa kami dekat sini.


*Aku pergi tiga orang so kalau price hotel, kereta dll aku bahagi tiga. Kalau korang nak pergi dalam 5/6 orang lagi jimat duit korang.

Budget:

  • Hotel Aventree 3 Hari 2 Malam : RM162  / Termasuk bekpes (bahagi 3: RM56 SEORANG

  • Kereta Sewa untuk 3 Hari  besar Kereta Avanza: RM235 (bahagi 3: RM79 SEORANG/ Kereta muat 8 orang) 

  • Makan untuk 3 Hari: RM50

  • Sewa Jeep ke SAVANA, PASIR BERBISIK, KAWAH BROMO  dan tempat tengok SUNRISE/VIEW : RM270 tapi kami tiga pergi tengok sunrise/ view dan kawah bromo, harga lain : RM204 (bahagi 3: RM68 SEORANG) *Jeep hanya boleh naik 6 orang, kalau naik 6 orang boleh bahagi 6, lagi jimatkan?

  •  Masuk ke Kawah Bromo, Savana, Pasir Berbisik dan View : RM79 SEORANG, tapi kita orang dapat diskaun RM32 SEORANG

  • BNS (BATU NIGHT SPECTULAR) BAYARAN MASUK : RM31 SEORANG, boleh main semua sampai muntah hehe (BNS macam permainan outdoor Sunway Lagoon)



Total Budget Individu:

HOTEL: RM56
KERETA SEWA: RM79
JEEP: RM68
MASUK BROMO: RM32
BNS: RM31
MAKAN: RM50
UPAH GUIDE: RM31 (ikut suka kami tiga nak bagi berapa, sbb dorg kawan kita org, dorg tak kisah berapa upah nak bagi, ikhlas gituuu, bagi dorang rp100 000 : RM31 dah banyak kat sana. Guide kita orang tiga yang bayar makan utk 3 hari, upah dan segala apa kita orang masuk kita orang bayar) budget untuk guided : RM100 bahagi 3: RM33 Seorang.

TOTAL: RM349 SAHAJA!
Tak termasuk shopping, kalau nak shopping kena sedia budget sendiri lain.
Murah kan?
Aku hanya bawa RM550 je, tu pun banyak lebih. Sorry tempat tak banyak pergi, sebab 3 hari je kami tiga pergi, tapi macam 1 hari. Sebab lagi 2 hari terkerja-kerja dengan naik flight gituuuu.

Itu je! Wajib pergi tau korang! View cantik sangat.

Ikhlas: Syf