Saturday, 20 July 2013

TRAVEL: Pineng, Malaysia - Part 3

Assalamualaikum.

Ok kali aku nak habis Part akhir aku di Penang. Tetanguh makin lama, makin feel feel aku yang fresh di penang hari gitu dah hilang pulok. Karang susah sikit nak feel tulis entry pasal penang, ye idak?

Ok, hari ketiga aku di Penang baru lah dapat pergi Penang Hill, Bukit Bendera. Keee Bukit Bendera, Penang Hill? Hahahaa sama je, asal kan korang faham kan. Kalau tak tunggu lah service train tu habis tah ke bila, kira macam rezeki aku dan nana dan fiza dapat pergi Bukit Bendera. Kalau tak layan lagi hari ketiga di Georgetown lagi.

Seronok sebenarnya Penang ni, serious memang seronok. Bukan bab nak pergi tempat-tempat best je, bab makanan dia kaw kaw syurga makanan.

Kita orang pagi yang nyaman dah bertolak naik bas Rapid KL pergi situ sana sini dan sampai lah ke Penang Hill iaitu Bukit Bendera. Perjalanan dia tak ade lah jauh sangat, ok ok je. Sesampai beli tiket lepas tu beratur nak naik train di untuk naik keatas Bukit Bendera tu, curam gila. Tapi seronok lah, macam mendaki bukit pun ade. Tapi ini versi daki bukit naik train , ok semua bayangkan :P

Sampai dekat atas, Ya Allah cantik sangat pandangan dari atas dalam hati aku cakap lah. Tapi serious memang cantik, kita boleh tengok satu  Georgetown dari atas. Kira semua korang nampak. Huhhh, padat aku tengok Bandar Georgetown dari atas. Banyak bangunan, kira kalau kita tengok dari atas nampak kecik macam semut je rasa. Tapi tak de lah ye ye kecik macam semut. Ihiks. Suasanan sejuk je dekat atas tu ala ala macam dekat luar negara gitu *ok itu tipu, laut yang luas dan jabatan Pulau Pinang tu pun korang boleh nampak. Bertapa teruja tak? kan? kan? Hahahaa, try lah pergi bukit bendera, view dia sangat cun. Rugi k tak pergi. Saiko...

Korang jangan pikiq dekat atas tu boleh tengok view yang cantik dan naik train macam naik bukit tu, memacam adooo kau tahu. Makanan-makanan dekat sana sesedap, lepas tu ade Owl Museum  dan memacam lagi. Memacam lagi tu korang kalau larat naik lah atas-atah lagi sebab aku pergi sampai ke Owl Museum je, yela penat tau. Ni padah pergi makan dulu lepas tu semua malas nak naik. Dekat atas-atas sebenar ada banyak tempat korang boleh pergi.

Owl Museum masuk kena bayar, siapa yang first time masuk tu pergilah dan sape dah pernah pergi tu tak payah dah kot, mesti korang faham sebab ape. Hahahha. Suspen je orang yang tak pernah pergi tu, macam ginilah yang first time pergi tu macam aku ni haaa masuk lah, serious seronok dan cantik pameran owl dia sebab unik bagi aku. Tapi sebelum tu korang jangan salah faham macam aku, sebab aku ingat kan Owl yg real, rupa-rupa pameran dia. Pameran pun bolehlah, sebab cantik dan unik. Suka kito.

Sebelum masuk Owl Museum kitak nak bagi tahu kitak makan laksa Penang dan Abc yang awesome sebab saya post dekat instagram semua terliur. Heeewheww :P

Ok sesi gambar-gambar nak share -





















*Inilah view dari atas aku cakap tadi haaa, cantik idok?



Setelah pergi ke Penag Hill kan kita orang pergi ke Batu Feringghi *ejaan salah aku tahu, just datang sana hirup udara laut, snap picture lepas tu pulang pergi Queenbay Mall , memakan tepi laut. Feeling feeling honeymoon bersama kawan gitu, bukan suami ye. Hooghaahooghaa dan lepas tu kita masuk dalam mall dia, makan lagi tau, berapa banyak kali makan pun tak tahu. Lepas dah makan tu kita orang keluar nak balik tunggu bas, Ya Allah angin sangat sangat kuat lelagi campur angin laut, payung yang kita orang bukak habis hancur. Dan dalam perjalanan nak balik rumah mak cik amalina  angin pun masih kuat. Esok nya dalam surat khabar ade satu kejadian atena TM jatuh dekat Georgetowm, nasib baik time tu kita orang tak ada berada sekitar Georgetown. Takut juga sebenarnye. Alhamdulillah perjalanan pergi balik dan travel kita orang dipermudahkan. Harap dapat belajar sesuatu dan ilmu pengetahuan dari travel ke Penang kali ini. Ingat travel korang pergi kalau niat tu betul, pahala pun dapat. Insha Allah. Pergi travel pun kita dapat belajar sesuatu, terpulang pada korang dan niat korang. Harap faham ape aku maksudkan ok? Insha Allah next travel di......... dalam perancangan dan perbincangan. Hahahahaaa


Panjang sangat cerita entry kali ni dengan gambar pun banyak. Rasa setakat ini aje. Salam Ramadhan 12 semua muslim dan muslimat.

Thanks For Reading!