Just nak sharing kepada semuaaaa........
*menaip sambil mendengar lagu Raya
Orang kata lebih baik memberi dari menerima kan? Betul tu, bagi aku kita ini kalau nak murah rezeki dan ape yang ade rasa cukup. Kita perlu banyak memberi dari menerima. Insha Allah segalanya dipermudahakan dan hati pun rasa nak bersederhana kan?
Jadi, kalau orang bagi tu jangan lah tolak pulook, itu namanya rezeki. Dan dah tahu ramai memberi, kita ini pun rajin-rajin juga memberi dekat orang lain memerlukan. Yang rasa macam ish kenapa lah aku selalu bad luck, tak pun asyik tak ada rezeki je. Ehmm, orang macam itu adalah dalam diri dia ada biawak, suka cakap negetif pada diri sendiri lepas tu mulah lah hidup tak bermakna la, down la dan sama waktunya. Semua itu, senang saje just bersabar, berdoa dan cuba muhasabahkan diri. Muhasabahkan diri jangan ber-negetif kan diri tapi cuba menaikan kan dan ber-positifkan mind and your self, okayh?
Salah satunya jenis memberi aku nak kongsi kan ialah.....
Sekarang ini dekat mana-mana tempat sekitar Malaysia, banyak kaunter zakat kan? Dekat Mall aku tengok berlambak just orang tutup mata je kalau nampak, zakat kenderaan bergerak pun ada. Jadi cuba korang ringankan tulang 15 minit untuk ke kaunter zakat tersebut untuk berzakat means bersedekah. Jadi, tak ada lah korang was-was nak sumbangkan duit korang kerana tahu tahu dah duit zakat ini akan diberi kepada Anak Yatim, Fakir Miskin, Hasnaf dan lain-lain lagi.
Tak kisah umur korang berapa dan berapa RM korang nak bagi. Nanti adelah step-step korang nak berzakat nanti. Mudahkan? Sb aku last year aku pergi kaunter zakat bergerak, aku tanya kalau ayah saya dah bayar zakat untuk saya dan adik-adik, jadi saya tak payah dah la kan pak cik? Pak Cik tu jawab, adik sendiri pun boleh bayar walaupun ayah mak ke dah bayar, RM5 pun dah memadai dik. Itulah ceritanyaa.
Bukan setakat zakat saje untuk korang bersedekah, memberi sumbangan untuk plastein (syria) memang digalakkan bagi umat islam. Korang pun mesti tahu kenapa kan? Jadi sama-sama kita bantu saudara seislam kita dalam kesusahan. Oh, yaa sedekah sedekah juga tapi boikot tu jangan lupa. Takpe, walaupun susah nak berboikot segala makanan atau produk, sekurang-kurangnya cuba boikot pelahan-pelahan okay? Me? Alhamdulillah, buat masa ini untuk boikot MCD berjalan lancar, kerana hati tak memberontak Jomlah makan MCD Jomlah makan MCD. Hahahahah
Rasanya setakat ini saja, harap bermanfaat untuk kalian semua pada bulan yang mulia ini dan juga memahami apa yang aku nak sampaikan. Kalau ada salah ke ape ke, maaf kan den, den juga insan biasa yang tak lari dari kesilapan cuma nak sharing apa dalam mind. Amboi ayat kau jah. Salam Ramadhan untuk muslim dan muslimat , tingkatkan iman dan tingkatkan ukhwa sesaudara seislam kito. Assalamualaikum xx.
Thanks For Readings!