Sunday, 28 July 2013

Psiaku Azuwa (OKU) #RichwellPeduli2013


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga hari ini aku rehat satu hari dirumah dengan dapat juga nonton Runinng Man. Ehihhk. Dan pejam celik pejam celik puasa pun nak dekat habis. Adik - adikss puasa penuh penuh ye. Puasa itu wajib sama juga solat 5 waktu sehari semalam pun wajib!

Jumaat baru yang lepas ini, Richwell mengunjung ke Psiaku Azuwa, Psiaku Azuwa terletak di Batu Muda, Batu Caves. Dekat dah dengan rumah aku, dah boleh balik rumah sat pun boleh. Psiaku Azuwa ini berlainan sikit, sebab dia bukan rumah orang tua dan bukan rumah anak yatim yang aku pergi sebelum ini. Psiaku Azuwa ini untuk rumah orang kurang upaya, kata singkatnya OKU.

Kebanyakan kan mereka ini OKU dari segi saraf dalaman mereka. Mereka hanya terlantar sahaja sepanjang hidup mereka. Kita sepatutnya perlu bersyukur apa yang kita ada sekarang dan sihat tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Dari hasil perbualan saya dengan seorang Mak Cik ini, OKU di keseluhuran rumah patot ada 70 lbh, tolak-tolah yang dah meninggal 40 lbh campur yang krtikal yang perlu berada di hospital dan yang aktif hanya 20lbh.

Ayukk kita tengok gambar -















Dua-dua adiks ini adalah anak Dr. Azizan Osman, lelaki muka ikot ayah, perempuan muka ikot mak.



Ohyyaa tak lupa, Psiaku Azuwa adalah kunjungan kami semua yang besar-besaran (kemuncak) jadi Dr.Azizan dan Afdlin Shauki pun datang. Makan pun sedap-sedap dan banyak sampai aku boleh pengsan tapi still kawal. Hahahha.

Jadi ingat, kalau rasa susah sangat tu ingat ada lagi susah dari kita, cuba buka minda, buka mata buka hati dan muhasabah kan diri. Cuma bila down itu banyak dekat diri dengan Allah. Ok itu sajeeee! Salam Ramadhan. Ayuh kita mula Qiam (:

Thanks For Reading!