Monday, 16 September 2013

Penteteram Batin

Bismilahiramahnirahim....

Assalamualaikum. Kini aku cuba, cuba apa yang patut dan aku tahu ini jalan terbaik  kerana sekian aku dilema jalan mana aku perlu ambil. Sekian lama juga selama aku 20 tahun, Allah buka hati aku.  kerana berkesempatan lagi bersama jalan diredhi Allah. Bersyukur sangat. Aku yakin bila tiba waktunya, ianya akan datang dan walaupun begini kelak semuanya akan indah. Dan selagi nyawa dikandung badan selagi itu kita tak dihenti dengan bermacam-macam ujian dan selagi itu jika kita jauh dari Allah, kita mula lalai.


Create/ Credit from Az - Hadiah Penteteram Batim saya ini, mahu saya share disini: "Jangan pernah mencintai orang yang tidak mencintai Allah, Jika Allah saja tinggalkan, apalagi akhi? Jarak antara ana dan akhi adalah Allah. biarlah do'a yang menjadi penghubungnya...." tertanya sendiri, benarkah aku pantas untuk laki yang soleh?

Tiada manusia sempurna, ayat diatas menerangkan. Kawin seseorang itu kerana Allah. Carilah cinta Allah dahulu sebelum mencari cinta manusia. Sememangnya suka itu lumrah bagi seorang bergelar laki dan perempuan tapi sekuat mana iman kita melawan dan laluinya? Tepuk dada tanya hati tanya iman. 
Apa guna kawin solat tidak jaga, apa guna kawin aurat tak jaga, apa guna kawin kasih sayang tiada, apa guna kawin saling hormat tiada, apa guna kawin jika akhlak tiada. Bukan kerana selepas kawin kita tidak boleh mengubahnya tapi seeloknya pelajari sebelum kita benar-benar mahu kawin. Sebelum kita mencintai manusia, cinta dulu Allah dan RasulNya kerana dari mereka banyak benda kita akan pelajari. Kita renung-renung dan fikir-fikirkan.

Semoga bermanfaat dan Assalamualaikum.