Thursday, 3 October 2013

Tak macam kau.


Assalamualaikum.

Mak mak boleh kita nak beli baju tu? Mak mak kita tak boleh lah nak bawak subject ini asyik markah down je. Mak mak kita demam. Mak mak nanti angah balik rumah masak makanan kegemaran angah ye. Mak mak angah sedih lah dengan suasanan sini. Mak mak angah tak cukup duit. Mak mak macam mana angah nak jadi anak yang soleha.






Hmmm. Jika mak masih hadir masih disisiku lagi pada saat ini akan ku hargai segalanya segalanya aku hargai percayalah. Tiada guna aku mencari kasih sayang yang bukan halal dan resah, masalah diceritakan pada kekasih bukan halal jika kasih sayang seorang ibu hanya berhenti ketika waktu dulu. Walaupun, mak dpinjam sementara kini aku yakin Allah sentiasa disisi.  Janji aku seketika dulu ketika mak sedang baring diatas katil bertaruh nyawa dan menghadap ilahi sekelip mata tanpa pesanan tanpa isyarat hanya sekelip mata dan aku berbisik di telinga Mak,  Mak Angah janji, Angah akan jadi anak yang solehah. Maafkan segalanya, halal makan dan minum. Angah janji angah akan sedekah Al-Fatehah dan Yasin setipa hari. Angah janji juga angah akan jaga adik-adik. Besar sungguh tanggungjawab Ayah, Ia kerana Ayah aku masih berdiri disini. Alhamdulillah. Kau kurniakan aku seorang Ayah yang penyayang dan sangat bertangunggjawab.



Aku tak macam kau, aku tahu semua orang ada masalah masing-masing. Dan aku tahu tiada siapa boleh faham perasaan sape-sape dan orang semua lain-lain. Dan tak pun kau tak tahu apa aku lalui. Kenapa macam tu perlu jawab? Kenapa nak salah semua tu? Aku jatuh, aku sakit, aku lemah dengan sikap sekeliling. Sedap kan hati, mungkin ini dugaan. Tapi kalian, sampai bila nak biar. Mana akhlak? Aku yakin kalian semua pergi sekolah agama, akhlak kita belajar semasa disekolah agama. Tapi sekarang mana pergi semua itu, tak kisah tak terap kan semuanya tapi kenapa zero kenapa?

Aku ingin berubah, kita semua mahu berubah. Tapi kita sendiri tak nak bantu antara satu sama lain. Tak ape, mungkin ini dugaan.

Dahulunya aku bukan yang baik, tak sempurna korang sekarang pun tak sempurna masih cari jalan, aku ingin berhijrah. Tapi masih mencari. Cuba memahami perjalanan di dunia.



Ya Allah, jalan ini susah. Tinggalkan segalanya bersebab. Jika ini jalan dia permudahkan. Aku yakin janji kau.

Kadang-kadang belajar rasa stress, bukan stress kerana belajar, karenah manusia. Tak mengapa ini dosa aku dulu, ini balasannya. Sebab banyak aku belajar cuba positifkan diri. Hmmm

Kadan-kadang rasa nak berhenti semuanya, someone datang pinang aku dah senang jaga makan minum pakaian suami dan anak-anak je. Tapi tak boleh lah, ingat ye carilah ilmu bermanfaat. Sebab itu aku masih berjuang disini. Aku masih ingin cari ilmu bermanfaat. Tidak kira ilmu bermanfaat.

Apa-apa pun ini bukan luahan, sebaik-baik luhan luah kepada Allah yang satu. Insya Allah disebaik segalanya. Jika kita senang bertemu dengan Allah, Allah akan senag untuk bertemu dengan Allah. Jika susah bertemu, susah Allah nak bertemu dengan kita. Cinta kerana Allah.

Ayat ini khas untuk pemilik tulang rusuk aku iaitu bakal imam aku yang kini aku sedang menunggu-nunggu dan mungkin dai sedang tunggu juga - Hikhikhikk, nyampah pulak.


Cinta Allah ia adalah kehidupan, siapa yang menghilangnya dia adalah termasuk orang yang mati. Siapa kehilangan sinarnya dia berada dalam kegelapan samudera. Cinta Allah adalah ubat, siapa tidak menelanya, maka hatinya akan tertimpa beragam penyakit. Cinta Allah adalah kenikmataan yang luar biasa. Siapa yang tidak memperolehinya maka seluruh kehidupanya akan memperolehi kegelisahan dan derita. Cinta Allah adalah roh dan iman. Cinta Allah adalah rohnya aman. Cinta Allah adalah rohnya perilaku. Ketika kita lepas kepada cintanya, maka jasad kita tanpa jiwa dan nyawa. Fahami maksud yang tersirat ini, Apa-apa pun cinta kerana Allah.

Nights.
Salah silap Maafkan.
Hanya sekadar perkongsi, Apa-apa jadi balik jalan Allah dan hargai Mak ye ye.

Salam.

p/s: Typo mungkin banyak, malas rasa nak betul kan. Tq (: