Assalamualaikum.
Tahun yang lepas-lepas ada pengalaman, semasa umur 18 tahun tak balik raya haji juga kerana kerja part time di swan jadi makanya tak adalah cuti, bayangkan raya haji hari tu tak cuti. Orang seronok raya haji kita koje. Hmm pestime mesti sedih sangat tapi nak buat macam mana kan. Tapi ini second time umur 20 tahun tak balik kekampung raya haji, tapi okaylah cuti lah juga semasa raya haji tu tapi sedih juga tak balik kampung. Tengok adiksss dan cousinss post dekat fb lah wasap lah meriah je. Ini boleh jiwa meronta-ronta tau.
Apa-apa pun buat semua ini pengalaman paling seronok, bila lagi nak rasa pengalaman hidup sebagai perantau kan? Hhahahha perantau sangat. Shah Alam je la!

Okay, esok ayukk rakan-rakan kita gagah kan diri bangun awal pagi mandi dan pakai wangi-wangi dan pergi ke kubur dan sembahyang Hari Raya Aidil adha. Kerana setiap kita lakuan dan niat betul pahala pun dapat. Dan seperti sembahyang Raya Aidil adha ganjaranya seperti pergi haji tau
Jadi sebelum esok pagi menjelang, kita refresh balik apa yang dah lupa. Ia idok manusia tak semua perfect, mesti ada lupa kan kan kan kan? So aku share sikit, dan rujukan dari http://nurizspace.com
Sebelum itu jom kita faham kan dulu hukum Solat Sunat Aidil adha -
Solat Hari Raya Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dituntut. Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir 7 kali pada rakaat pertama, dan takbir 5 kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.
Selepas itu cara-cara Solat Sunat Aidil Adha-
Cara-cara
1.Niat ketika Takbiratul ihram
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (jika solat seorang diri).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam / jadi makmum).
2.Membaca doa iftitah.
3. Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

4. Membaca fatihah dan surah al Akla.
5. Rukuk dan sujud seperti biasa
6. Iktidal dan bangkit berdiri dengan betul utk ( rakaat kedua ) . Takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
7. Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
8. Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
9. Memberi salam.
10. Disunatkan takbir dan doa.
Peringatan:
Bacaan tasbih pada rakaat pertama dan rakaat kedua dimulakan lepas takbir yang pertama pada kedua -dua rakaat tersebut.
Ini bermakna bacaan tasbih hanya 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.
Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )
Takbir Raya Aidil Adha-
Semoga bermanfaat dan salam Aidil Adha muslim dan muslimat (:
Assalamualaikum....