Assalamualaikum akhi dan ukhti sekalian...
Topik pada hari ini Riadah ye rakan-rakan. Kita mengimbau kenangan 2011 di PLKN Cahaya Gemilang Cherating Pahang ye idak? Setiap petang je aku beriadah disana setiap petang tauuu, kalau tak berkayak, bermain bola jaring sangat aku obses. Kerana aku sangat meminatinya, rindu rasa nak main waktu zaman plkn dan sekolah. Ahhhhhh ini tak boleh jadi. Nak main sekarang, tak cukup team pula. Tak kan aku lah centre, akulah yang GS, GD, WA, WD, GK dan GS. AHAHAHHA Sesapa pernah main netball dia tahulah apa benda nama-nama tuh.
Ok, kita sambung ye rakan-rakan. Benda dah lepas kita lepasakan. Hiks
Amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
See? Riadah pun penting tau. Jangan pandang sambil lewa perkara ini. Nak tahu riadah ni kalau kita niat kerana Allah, pahala pun ada. Jadi raka-rakan ayuh sebelum beriadah tu niat kerana Allah. Dan senang cerita apa-apa perkara pun niat kerana Allah. Nanti tak adalah kita beribadah je boleh dapat pahala. Kita beriadah, berkerja, belajar dan pakai baju kalau niat kerana Allah pun dapat pahala. Bestkan?
Riadah ini macam-macam boleh kita lakukan seperti berenang, menunggan kuda, memanah, gusti, berlumba lari (berjog) dan yang lain berkaitan.
*I can flyyyyyyy, hurayyyy*
Jadi cekk nak cerita, hari ini cek beriadah seseorang sahaja. Kabau nya macam gini, cek ni mahu jog satu apartment rumah sewa ni. Tapi disebabkan cek ni pemalu orangnya :P tolonggggg! cek buat dekat bawah rumah cari kawasan luas je. Macam gini cek bagi satu contoh cek buat tadi naa, nak jog tu contoh botol A jarak separuh tolak 1km dengan botol B, so hang pa lari kehulur hilir ulang alik je berjog dari jarak botal A hingga B sampai berpeluh pun dah okay tau. Lepas tu buat lah senam ringan, seperti lompat acah-acah tengah pegang tali skipping ni bebanyak kali juga sampai berpeluhl Lagi satu, main badbintom pun cun dah.
Senangkan? Tak yah dah nak minum ubat kurus lah dan seangkatanya. Bagi aku lah macam tak ada guna je makan benda tu. Bagi aku lah. Sebab makan benda-benda macam tu, kalau still nafsu makan tu ada still makan juga kan? Seperti teringin nak makan cake ni, tapi ubat dan seangkatnya dah makan tapi nafsu makan still ada. So tak membazir dan terseksa ke? bagi akulah baik buat perkara yang keluarkan peluh. boleh kurang kan lemak dan baik juga untuk kesihatan badan. Bagi aku lah. Jangan ikut aku pula, cara pemikiran orang lain-lain kan. Hiks
Kita ambil contoh kisah Rasulullah SAW -
Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.
Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Banyak manfaat sebenar kita beriadah, dari pepetang dok rumah layan Runing Man tak dapat hasil hanya ketawa bahak-bahak. Lihat? Tak manfaat kan? Trororlrorllrorlll. Hahhahahahah.
Jadi rakan! Ayukk! Beriadah petang-petang jika ada masa yangb terluang yuk!
Dan ayuk rakan-rakan kita berpuasa pada esok hari, manfaatnya pun banyak! Ayukkk!
Ana mahu bersiapkan diri bertemu dengan Allah sebentar lagi kerana maghrib sekarang awal. Ingat siapkan diri sebelum masuk azan maghrib seperti menunggu azan maghrib para malaikat akan mendokan kita. Bestkan? Jadi jom kita rebut-rebut buat perkara mendantangkan hasil untuk akhirat pula.
Semoga bermanfaat dan selamat hari raya haji semua.
Love. Hiks