Ya Allah, jika hati ini rasa tidak kuat lagi, Kau sentiasa bersama aku.
Kerana Kau aku masih bernafas, kerana kau aku masih mampu buat kebaikan. Kerana Kau aku mampu makan dan minum.
Jangan pernah Kau lupa ingatkan aku bila aku alpa.
Permudahkan setiap kesulitan aku hadapi.
Jadikan aku anak yang memberi kebajikan kepada mak ayah dan manfaat pada masyarakat.
Apa setiap perancangan hanya aku rancang dengan cita-cita dan Kau rancang dengan penuh cinta yang abadi.
Baru aku lihat, dunia aku pikul segala tangjawab lagi berat baru bermula. Aku mengerti apa sebenar sebelum ini kau beri ujian demi ujian dekat aku. Kerana kini aku rasa hebatnya ujian kau beri sekarang, ini masanya aku perlu kuat dan bangkit.
Apa aku harap setiap sahabat aku kenali bersahabat dengan aku kerana ukhwa terjalin hingga ke syurga. Bukan semata hanya kepentingan di dunia. Kerana hati aku sakit memiliki sahabat begini.
Moga aku menjadi hamba yang taat kepada Kau dan aku rindu rasa keimanan yang Kau berikan dulu..
Ayah, saat ini angah sedang bertatih dan gigih untuk mencapai kejayaan apa angah pilih. Percayalah waktu ini mungkin ayah tidak nampak hasilnya. Kelak angah akan tunjuk dekat ayah dan walau saat ini angah tidak mampu buat apa-apa tapi setiap hari angah cuba untuk sedekah setiap pahala untuk ayah dan mak ke akhirat kelak. Walaupun bukan didunia. Mohon doa ayah tidak putus-putus untuk angah.
Tuhan, jika dia jodoh aku bersama dia kelak sebagai suami dan isteri. Maka persiapkan kami. Sepanjang kami menunggu saat di ijab kabul kau pelihara kami dari segala hasutan syaitan direjam. Kau permudahkan setiap apa kami berdua rancang ketika ini dan seterusnya, kau kuatkan hati dia untuk menghadapi segala kesusahan. Sayang dan cinta kepada dia hanya keranaMu Allah.
Tuhan yang maha mendengar. Lindungilah keluarga besarku, sahabat2, para pendidikku dan umat islam. Pemudahkan setiap urusan mereka. Berilah kesihatan yang baik kepada mereka. Setiap kesusahan mereka hadapi kau gantilah dengan kesenangan. Moga kami sebagai umat Nabi Muhammad SAW mengikut sunnah Rasul kami dan tempatlah kami di syurga firdausi.
Jauhi dari sikap malas dan hasad dengki. Ya Allah, jika dunia ini tidak adil, kau sentiasa beri kesabaran kepada kami untuk sentiasa berada dijalanMu. Jauhi kami dari perbuatan syirik.
Saat aku buka mata dan juga saat aku pejam mata, mohon kau sentiasa disisiKu dan setiap bibirku berzikir kepadaMu.
Moga kesihatan yang baik dapat memberi manfaat kepada orang lain. Bekalan akhirat kelak.
Amin.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih masih sentiasa mengingatku.
Love Allah :')