Assalamualaikum.
Aku ada satu masalah selalu rasa sedih tiba-tiba, aku rasa semua wanita ada? kenss? Wanita adalah penghiasan dunia, sebaik-baik secantik-cantik penghiasan adalah wanita yang menjaga dirinya dengan baik. Ya Allah, layak aku dapat digelar begitu. Mana mungkin :(
Aku wanita juga, aku rasa semua wanita nak jadi wanita yang solehah dan bermanfaat untuk ibu bapa, keluarga dan masyarakat sebelum ajal tiba. Khilaf sering kali kita buat, lagi-lagi wanita ini racun, racun untuk lelaki. Perempuan juga paling banyak di neraka dan perempuan juga yang banyak apabila mereka lalui fitnah dajal kelak. Moga kita sama-sama tidak tergolong :(
Berubah bukan senang, banyak dugaan banyak rintangan. Bila pada satu tahap kita dah lagi sikit nak capai, time tu iman diuji kembali. (setiap orang pengalaman or diuji lain-lain) Kalau engkorang tahu susahnya, aku pun rasa susahnya. Kerana aku pun alaminya tapi ingat setiap orang nak berubah walau dosa sebesar laut jangan nak aib dia nak judge dia, sebab Allah sentiasa menunggu taubat seorang hambanya walaupun dosa sebanyak air dilaut malah Nabi Muhammad SAW sendiri memaafkan umatnya, apa lagi kita sebagai hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad SAW
Yang penting kita terbuka hati nak berubah dan hijrah lebih baik. Insha Allah, kita sama-sama buka mata hati kawan-kawan dan saudara mara kita yang masih sama.