Thursday, 4 May 2017

TRAVEL : PENGALAMAN MASUK RAUDHAH (Rawdah)

Assalamualaikum.

Cerita ini hak individu serta pengalaman masing2 ya, jika ada salah silap maafkan beta, beta hanya orang biasa tidak lari dari buat kesilapan. Selamat membaca dan semoga manfaat :)

TIPS DAN PENGALAMAN MASUK RAUDHAH (Rawdah)

Kenapa ada (rawdah) sebab dkt dpn pintu before masuk raudhah tulis ejaan 'rawdah' takpe asal sebutan sama 😅

(Penghadang atas sebab tertentu ada penghadang ini)

First time masuk rawdah, Assalamualaikum Ya Rasulullah (syukur rasa berada disini),  di temani ustazah dan rakan flight yang lain (girls sahaja). Masha Allah ramainya orang masa tu. Ustazah kata kita orang Asia (Malaysia, Indonesia) Masuk last sbb tak ada tolak menolak sangat walaupun still padat , masa tu pintu dpn perempuan pagi tutup pukul 9.00a.m. Dalam 8.50am (pergi pagi) tu dpt masuk walau padat tapi tak padat mcm kali kedua dan berikutnya pergi. Ustazah kata bagi mak kak arab masuk dulu kalau tak nak tolak menolak yg more and more. Hahaha
Dan first time masuk kepala dah kena pijak hahaha tak ramai tapi padat tapi still kena pijak masa sujud, first time masuk aku mcm blur tak tahu nk solat ke tak sbb padat sangat. Then aku solat jugak sbb tu kepala pun kena pijak. Apa-apa pun still syukur dapat berada di situ.






                                               

Pengalaman kali kedua aku pergi hari yang sama tapi pergi waktu malam dalam 8.30pm pintu buka. Stay dulu dkt masjid Nabawi maghrib-isyak (sbb waktu dkt) . Before nak msuk isyak boleh baca al-quran atau terjemah (yg bawa al-quran sendiri), baca al-quran dan zikir banyak2 supaya jap lagi masuk rawdah dipermudahkan. Masa ni makan lunch aku akan makan dengan banyaknya sbb malam aku tak dinner sbb nak pergi rawdah punya gigih kan, lepas tu esok lps solat subuh aku org first dtg dewan makan sebab lapar sangat. Gigih tau tgk2 tak de sape2 dkt dewan makan. 😅

Kali kedua pergi rawdah ikut naluri hati (jalan ke rawdah tahu berhadapan dgn gate 25, cuma masuk dalam masjid laluan tak seperti pagi tadi), tanya orang dan ikut semua berbaju hitam ( masa aku pergi ni satu org melayu pun aku tak nampak) before pergi aku memang dah decide nak pakai semua hitam boleh fefeeling org arab, haha tak lah pakai semua hitam biar nanti dorg tgk mcm org arab nanti tk de lah tahu kits ni org melayu ke apa ke  (ala susah la nak terang kat sini, kira mcm pakai baju hitam ni nak protect diri jadi kuatlah, selain hitam lembik. Fhm? Hahaha)  ok ni just anggapan aku, sebab tu pakai macam tu, kalau korang ikut korang punya angapan hehe.

Masa ni aku pergi, aku salah beratur hmmm :( beratur dkt orang pakai kerusi roda. Bediri nk dkt 1 jam juga. Rupa2nya salah beratur. Patut tak ramai.  Aku pun pergi lah dkt pintu orang normal duduk tunggu nak masuk. Masha Allah masa pintu di buka riuh sangat dan org berlari tau bila pintu dah buka. Aku ikut kan nak lari juga, tapi syafiqa ingat sikit diri tu perempuan hahaha aku pun jalan, lepas tu jalan punya jalan, kena tolak sedihnyaaa kuat pula tuuu lagi sedih aku pun tak boleh jadi ni, Aku pun ikut lari tapi lari aku slow je, sbb masa tu tak tahu jalan lagi. Bila dah sampai rawdah, Masha Allah mmg ramai lagi dari aku pergi pagi tadi. Tolak tak payah ckp lah. Dengan padat sangat sangat sangat tiga kali  lps tu semua org arab dan negro, tak ada orang Melayu pun aku tengok. Aku dah lah pendek susah juga fikir. Tapi nak masuk juga Alhamdulillah masa masuk kan dalam rawdah diprmudahkan, aku rasa aku tak berganjak pun tetiba rasa ada dkt depan sekali. Sebak sangat masa tu. Sepanjang kena himpit2 tu sblm sampai dpn sekali banyak2 berdoa. Dapat solat dkt dpn lama2. Alhamdulillah. First dah masuk sana jangan lupa solat sunat mutlak dulu, then solat dan doa apa korang hajat.








Kali ketiga masuk, hari esoknya dan malam waktu yang sama (siang tak dapat pergi sebab ada lawatan, so aku rasa malam tu je masa dapat pergi). Sebelum nak masuk lagi dalam masjid ke Rawdah jangan lupa minum air zam zam bagi kita tenaga, sebelum minum air zam zam niat tiga perkara. Pertama: peroleh ilmu bermanfaat, Kedua, diberi kesihatan yang baik, Ketiga: Diberi Rezeki tak disangka-sangka/ dimurahkan rezeki. Insha Allah. Amin

Alhamdulillah, senang je nak pergi sebab ini kali kedua  pergi sendiri jadi tak terkial-kial macam semalam. Ok, just nak share mengenai keselamatan, aku punya hotel bila nak pergi masjid nabawi akan masuk ke gate 12, so aku akan solat maghrib-isyak berdekatan dengan Gate 12, Gate 12 ke Gate 25 jauh tapi tak ada lah jauh nak pergi kl ke kedah tau awak, hehe jauh dia still boleh pergi walau jalan kaki . Tapi Gate 12 ke 25 tu kau akan jumpa laki perempuan macam berkelah dengan anak-anak dan sekeluarga dan rakan setaulan, bukan bekelah tapi macam duduk ambil angin macam mana ya nak cakap, macam rapat kan ukhwa la kira duduk sesama berborak dan chill chill. Aku sepanjang perjalanan aku akan tutup muka pakai macam purdah (tudung aku labuh so aku tutup dengan khimar), sebab keselamatan diri. Yang perempuan nak pergi sendirian boleh pakai purdah untuk keselamatan diri anda. Yelah perempuan Melayu kan cantuk2 gituwwwww hehe.

Sebelum tunggu pintu buka 8.30pm, aku duduk tengah2 sekali aku selit menyelit dikelilingi dengan orang arab pakai baju hitam semuanya, masa aku pergi memang dah ramai orang tengah tunggu nak masuk. So tu sebab aku pakai baju, khimar dan stokin pun hitam supaya tak macam pelik dan ganjil bila bersama-sama dengan mereka bila kau selit menyelit macam gini. Hehe. Macam biasa semasa menunggu jangan lupa zikir & selawat dan baca Al-quran, semoga dipermudahkan urusan kita masuk di taman-taman syurga Allah. Insha Allah

Mula pentempuran seorang nur syafiqa untuk masuk ke rawdah, bila nak dekat 5 minit jam 8.30pm semua orang dah bangun untuk masuk. Bila pintu buka, ya Allah lagi sekali aku terkejut sebab first time selit duduk tengah2 dengan kak mak adik arab nih. Riuh dan berlari semuanya. Kesian jugala yang mana tua or ada bawak baby or budak kecil. Tapi apa boleh buat aku tanpa fikir panjang aku turut serta larian marathon yang mereka lakukan. Serious, aku lari laju betul kali ini sampai aku tak sangka sampai rawdah, tak sampai 10 orang pun dalam tu. Haha laju juga aku lari :D

Alhamdulillah, dapat solat depan tanpa tolak-tolak macam semalam dan tunggu dalam himpit-himpit macam semalam. Tapi tulah orang negro tiba-tiba datang dia tolak orang arab ni yang datang dulu nak solat depan. Orang arab tu mengalah sebab dia dah cuba tolak balik dan cakap elok-elok tapi apakah daya orang negro tubuh nya sasa kita ni kecil je dan sabar je lah mampu termasuklah aku kena juga sebab dia bawa geng 3 orang. Haha (peringatan korang akan jumpa pelbagai manusia yang pelik seperti cium2 tempat penghadang aku cerita kat atas tu, emosi teriaklah dan korang tak perlu ikut dan emosi lebih, just stay clam dan walau rasa haru biru ramai orang masa tu, still tumpu connected dengan Allah dan Insha Allah rasa ketenangan dan semata-mata kerana Allah, solat dan berdoa kerana Allah.

Lepas habis solat dan doa, nak pergi pintu keluar kena himpit2 juga sebab nak lawan arus, jadi jaga barang berharga dan bag korang bila lawan arus nak pergi pintu keluar, takut barang tercicir ke. Dah keluar dari rawdah kali ni dapat keluar awal dalam 9.15pm, sebab dapat masuk masa tak ramai orang. Rasa lega dan tenang sangat masa keluar dari Rawdah. Alhamdulillah. Lepas tu aku gelak sorang2 fikir mengenai aku lari tu, tak sangka sebenarnya. Pengalaman berharga dan kelakar. Hehe




Kali keempat, last aku pergi Rawdah. Waktu ini aku pergi pagi macam pertama kali pergi dengan ustazah dan lain2. Aku bawa ibu dan wan aku pergi untuk protect dorang dari tolak menolak. Dan masa ini juga buat ucapan selamat tinggal dekat baginda, last aku dekat Madinah. :( Alhamdulillah dapat masuk dan solat depan juga. Dan masa nak keluar boleh aku patah balik lagi pergi solat hajat dan doa lagi. Berat rasa nak pergi masa ni. Dan syukur dapat bantu ibu dan wan masuk sana dan solat depan sekali dengan kekuatan yang aku ada. Orang tolak aku akan tahan dan peluk wan dan ibu aku supaya stay jangan bagi orng tolak kita ke tepi dan jatuh ke kan. Hehe, Demi Allah sesungguhnya mati, hidup dan ibadahku keranaNya. (ulang banyak kali dalam hati) Terima kasih kerana memilih kami berada di taman-taman syurga ini.


Ini sedikit pengalaman tak seberapa ini dari akum setiap orang pergi sana ada pengalaman masing-masaing dan kehendak masing-masaing. Ini sebahagian dari aku dan naluri aku. Segala salah atau perilaku maafkan beta. Yang baik saja ambil buat teladan ya. Hehe. Insha Allah yang baca karang panjnag aku ini pun dapat pergi sana. Amin

Salam,