Tuesday, 21 March 2017

TRAVEL : UMRAH STORY MADINAH

Assalamualaikum.

Bukan senang aku nak rajin-kan-diri untuk buka laptop malah nak tekan butang on 'hotspot' ke laptop pun bagi aku satu penyeksaan untuk aku. Kekekee

Jadi bila aku dah rajin, semua entry aku nak cerita termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. But kita kasi 'chan' cerita mengenai umrah sangat bermakna dalam hidup aku. Thank you Allah jadi aku sebagai tetamu Mu. Hehehe



April 2016 masih aku ingat first aku naik flight ke Surabaya, Indonesia and first flight pun dah buat aku memang tak suka naik kapal terbang *cry* menunggu itu satu penyeksaan dan berada atas kapal terbang lebih dari 2 jam pun satu penyeksaan *crrry*

Sebelum aku pergi Surabaya, My Dad told me : Angah, ayah, ibu, wan bayai dan wan jauseh akan pergi umrah. Aku pun tetiba tah cakap : Angah nak ikut nanti angah 'kumpul duit'.

Selepas balik dari Surabaya, tetiba ayah cakap lagi mengenai Umrah lagi. Sebelum Ayah cakap, aku dah fikir punya fikir, aku nak tarik balik kata-kata aku dekat ayah yang aku tak jadi ikut. Hahaha. Aku banyak kali terfikir sesuka hati aku je cakap nak ikut, mana tah aku nak dapat duit dalam 7k dalam masa singkat. Fikir punya fikir mengarot je kerja aku, suka confident lelebih yakin boleh pergi. Hahahaa

And.... Masa ayah cakap balik mengenai Umrah Ayah akan pergi bila dan dengan siapa, tiba-tiba Ayah cakap : Angah, Wan jauseh tak jadi pergi, sebab wan dah pernah pergi dan dah buat haji dan takut kapal terbang sebab isu kapal terbang jatuh bagai dan bla bla, jadi angah ganti tempat wan jauseh, sebab budget ayah memang nak bawa wan jauseh memang ada, tapi tak jadi pergi angah ganti tempat wan jauseh. Masha Allah, susah nak cakap macam mana perasaan tu, macam mimpi je rasa. Alhamdulillah........ Rezeki jangan di tolak, sampai sekarang aku masih berkata-kata, Ya Allah baiknya engkau, banyak dosa aku tapi kau bagi aku terpilih jadi tetamu MU. *sebak tau*




First Day :

Flight KLIA - MADINAH awal pagi buta bak ang ayah aku jenis yang punctual bab bab cam ni lepas subuh dah siap semua bagai nak ke KLIA, tahu tak flight sis pukul 12 tengah hari macam tu. Oh Ayah ku. Macam cacing dah aku tunggu dekat KLIA masa tu dan plus delay, pukul 3 petang baru gerak. I told you, memang tak suka naik kapal banggggg *cry* Nasib lah masa ni aku boleh satu geng dengan abang aku, Masha Allah masa dua minggu aku asyik dengar dia becerita tanpa henti, baru aku tahu abang aku ni kuat bercerita, kalah aku :')

Just nak bagi tahu flight KL-Madinah 8 jam+ *marinagisberjemah* sakit tengkok pinggang aku dok lama atas kerusi, cerita apatah aku layan, tak silap cerita omputeh lawan-lawan, best jugak cerita lawan tu, tak de rasa boring sangat plus 5 kali bangun tidur gheja.

And Alhamdulillah sampai ke Aiport Madinah (nama lupa hehe) waktu malam. Dah cop passport semua, nervous sangat tak tahu nak nagis ke nak teriak hehe






Second Day :

Alhamdulillah, my first day pergi Masjid Nabawi. Ya Allah, sangat cantik, cantik dan cantik. Masa aku pergi ni before masuk azan subuh, langit sangat cantik, suasanan hening pagi tu sangat tenang. Alhamdulillah Thank You Allah.

First day (pagi 9 a.m) masuk Rawdah with ustazah, ibu, wan bayai dan Jemaah yang lain. First time pergi opcoz excited bagai dan ramai sangat orang. Walaupun ramai orang semua dipermudahkan, tak kisah lah blur masa masuk tu dan kena pijak kepala semua :') *kenangantakbolehlupa

Lepas Isyak pergi Rawdah lagi, experience pergi sesorang masa ni pengalaman tidak boleh lupa aku tidak jumpa satu orang Mesia, semua aku jumpa orang arab dan aku beratur dekat orang pakai kerusi roda (masa ni tak tahu nak gelak ke apa) tak pe first experience tu sangat bermakna. Lepas aku dapat tahu aku salah beratur, aku tengok semua orang lari masuk ke Rawdah. Masa ni keadaan aku ialah speechless dan agak terkejut. Seriously memang kena macam ni ke. Hahaha. Aku pun ajet ajet cool tak pelah jalan je lah macam biasa, tapi apakah daya aku kena tolak wehh hmm ni tak boleh jadi aku pun apa ikut sekali lari, lari punya lari sehingga aku boleh pecut semua orang yang lari tadi, haha baru tahu aku ni laju lari. Hahaha *perasanjugak*  Dah sampai Rawdah, Masha Allah ramai sangat mahluk Allah, semua tinggi tinggi belaka. Aku baru masuk sikit Rawdah tu dah kena tolak dengan orang belakang, tolak punya tolak punya tolak tanpa sedar tetiba aku rasa macam sekejap je aku ada dekat depan sekali. Alhamdulillah, doa pagi tadi masuk rawdah nak solat depan sekali di makbul kan olehNYA. #FIRSTTIPS : NAK MASUK RAWDAH PAKAI SEMUA HITAM


*Jangan lupa pusing satu Masjid Nabawi walaupun besar tapi gagah diri korang tawaf je satu Masjid Nabawi (boleh lakukan waktu siang okay?)

*Jangan lupa pergi ziarah Perkuburan Baqi' (bagi perempuan dapat pergi luar perkuburan Baqi' dan baca doa untuk mereka yang dah pergi pun dah cukup kerana perempuan dilarang masuk atas sebab2 tertentu.

*Waktu masuk Asar, Maghrib dan Isyak dekat sana dekat2 je untuk masuk wakt solat, jadi boleh lah tunggu di Masjid, takut nanti dekat hotel terlajak tidur pula.Hehe

*Selepas Asar selalunya dkt sana dorang ada buat tadarus, ambil peluang untuk join, kalau malu mengaji sorang pun okay, sambil layan feeling pandangan dalam masjid dan atap terbuka masa tu.

*Jangan lupa minum air zam zam sepuas mungkin dan jangan lupa berdoa dan niat sebelum minum.

*Apabila masuk masjid jangan lupa niat beriktikaf

*Bagi perempuan nak masuk Rawdah, bahagian masuk pintu perempuan berhadapan dengan Gate 25. Insha Allah nanti if ada ustazah bawa masuk kali pertama niat dalam hati dan berdoa untuk ingat jalan.

*Bawa bag atau plastik untuk simpan kasut anda.



*Raudhah/ Rawdah

                    

















*Persekitaraan di luar Kawasan Masjid Nabawi












Third Day :

Ziarah Ladang Kurma dan Pasar Kurma , Bukit Uhud (jabal uhud), Masjid Quba' , Masjib Qiblatain (dari bas)


Lepas Asar Taklimat Umrah dan Bacaan Yassin.

Malam pula pergi Rawdah sorang diri dan balik kena marah dengan ayah atas sebab ada seorang budak hilang tapi bukan hilang pun, masa tu budak tu pergi dengan mak dan nenek dia. Dia pergi ambil air zam zam lepas tu tak ingat jalan apatah tak ingat sangat, sebab tu je ayah marah di kaitnya aku pergi Rawdah sorang diri, tak tahu nak nagis ke nak gelak. Hahaha Begitulah Ayah guaa. But Alhamdulillah second experience pergi sorang diri ni pun paling tak boleh lupa, tak yah cerita lah dekat kat sini, nak cerita dekat suami aku je kahkahkahkah *geliden*


*Bila dah beli Kurma yang banyak dan lain lain lagi jangan biar barang korang beli tu dalam bas macam tu je, pastikan ada orang jaga, kalau boleh ahli keluarga yang jaga, sebab walaupun sana Tanah yang Barakah tapi tetap ada manusia yang tidak boleh di percayai. #sajabagitahu

*Jangan lupa rasa dan beli eskem di Bukit Uhud tuwww sedap.

*Berbijaklah tawar menawar bila beli apa yang patut tu

*Jangan lupa solat tahaytul Masjid di Masjid Quba'

*Bila dah sampai Bukit Uhud, Masha Allah kiri kanan depan belakang semua cantik hmm tetiba rindu dekat sana.

*Jangan lupa rakam suara apa ustaz mutawif cerita dekat bas mengenai sejarah tempat2 korang ziarah sebab boleh recall balik nanti.

*Bila pergi ziarah mana-mana jaga segala harta benda bag anda okay?

 *Masjid Quba'








































 Hari ke empat :

Bertolak ke Makkah dan bermiqat di Bil Ali(Madinah-Makkah 5 jam)


Selepas bermiqat di Masjid Bil Ali bermulah 13 pantang larang perlu di jaga dan semasa berhenti di tengah padang pasir yang ada RNR dapat pula makan nasi arab dengan ayam yang sedap. Alhamdulillah

*view perjalanan ke Makkah








Selesai makan, masa nak buat solat jama' Maghrib dan Isyak tetiba pergi tandas dan cuma nak bagi tahu aku tak boleh sembahyang. Tak tahu nak cakap macam mana, sedih ya amat, sepanjang jalan aku nagis membawa hati yang lara kalah putus cinta tau dan juga sampai je hotel berdekataan Makkah orang lain nak buat Umrah pertama, aku dalam bilik menagis dan terus menagis dan tertidur. Bad mood juga aku sepanjang tu apa boleh buat tiada rezeki.

Tetapi I don't Know whyyy, ada satu benda buat aku rasa lega dan aku percaya semua berlaku ada hikmahnya. Allah macam bagi jawapan dekat aku dalam masa terdekat masa dah balik Mesia, ada satu ustaz ni cakap ayatnya begini ya rakan-rakan : Besar pahala kita bersabar setiap dugaan kita alami dan apabila kita mengikut perintah Allah tu lagi besar pahala juga. Mana tahu dari kita bersabar  dan ikut perintah Allah, tidak ingkar (sebab kita yang period di larang masuk masjid kan) Allah bagi pahala lagi banyak dari kita buat umrah atau dapat solat di Masjid atau dapat Ziarah Makam. Tah tah tanpa kita tahu dengan sabar kita dan ikut perintah Allah kita redha, Allah mengkat darjat kita. Masa dengar apa ustaz kata masa ni rasa sebak sangat.

Kepada yang lain jangan bersedih ya kalau ada alami situasi bergini. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat buat dua umrah. Thank you Allah.

Kenangan di Madinah tak akan boleh lupa, setiap kawasan, kaki aku jejak setiap lantai dan jalan, lihat setiap bangunan dan ukiran di masjid, alunan azan, orang-orang di sana dan udara di sana , kedai di sana, makanan, dan jual beli satu perkara sangat berharga dan sampai sekarang sangat rindu. Semoga aku dapat jejak ke sana lagi satu hari nanti. Insha Allah


*view dekat tingkap hotel



*sedikit packaging makanan, minuman dll yang unik  dari Madinah.
function sangat. Hahaha



*wajib cuba 3 benda ni, sedap!













*Jangan lupa bawa sterika, jubah hitam banyak, seluar slack hitam, telekung hitam, stoking gelap, sarung tangan lengan dan perbanyakkan khimar yang labuh warna hitam.

*dekat Madinah ni susah eskem dan kebab bagai, tapi korang boleh jalan celah2 bangunan dekat dengan money changer ada jual, jangan lupa try memang sedap.

*bab shopping tak boleh lari, nak beli jubah ke inai ke minyak Wangi ke apa-apa korang nak beli berbijaklah tawar menawar palinggggggggg murah boleh dapat, jangan tawar menawar sekali je, kasi banyak kali hehe

*jangan lupa try buah-buahan, yourgat dan air minuman dekat sana juga, sumpah sedap. Kekeke

Semoga bertemu lagi, sedikit perkongsian dari nursyafiqa :) love you alls. Next Entry, Insha Allah sambungan ke Makkah.