Monday, 6 February 2017

DIALOG HATI : KITA





Kita selalu gigih mencari salah orang,
kita selalu gigih mencerita tentang orang .
Dan kita selalu gigih membuka aib orang .
Itulah kegigihan yang kita selalu lakukan .

Kita lupa yang kita punya aib,
kita lupa yang kita punya kisah silam,
dan kita lupa segala kejahatan yang pernah kita lakukan .
Kebenciaan tak kan wujud kalau
kita sendiri yg cipta.
Kita tak ada hak untuk bukak aib seseorang mahupun menghukum , kerana pengakhiran dia dengan Allah bukan dengan kita .
Jaga mulut , jaga tingkah laku . Jaga lidah .
Jangan disebabkan lidah, kita masuk ke neraka .
Kerana setiap perkataan yang kita lafazkan ,
Pasti diuji balik ...
Kerana setiap perbuatan jahat yang dilakukan,
Pasti dibalas balik...
Dan kerana setiap keaiban orang yang kita bukak,
Pasti aib kita yang akan nampak .
Allah itu maha adil.



- farahfakhira