Friday, 11 August 2017

Travel : Brunei Darussalam


Sambungan dari Miri, Sarawak.

Assalamualaikum.

Untuk siapa yang nak ke Brunei cukup 2 Hari dah memadai aku rasa. Brunei ni Negara serambi Makkah. Keterujaan aku pergi Brunei, jakun tengok awan dekat sangat dengan kita. Haha dan awan kat sana pagi petang dan senja cantik sangat.

Transport :
Untuk kemudahan korang nak gerak sana sini dekat Brunei nanti dan plus jimat masa korang, sewa kereta dekat Miri. Pengalaman aku dari KLIA ke Aiport Miri dan dekat Miri sewa kereta, senang nak gerak dan sebab tu boleh sekali pergi Brunei. (jangan lupa minta segala details/ copy grand kereta dekat owner kereta korang sewa tu) Kita orang masuk ke checkpoint immigration  sungai tujoh, dekat situ dia akan bagi paper untuk isi segala maklumat korang dan serah passport untuk di cop. Oh ya tak silap nanti dah lepas immigration ada tol 3BND  je bersamaan lebih kurang RM10. (pastikan ada duit kecil)

Sim Kad :
Aku dan kawan-kawan guna je sim kad Maxis yang ada buat pakej line di Brunei, aku lupa harga dia. Boleh rujuk dekat Maxis atau call orang Maxis, macam mana nak aktif sim kad tersebut bila ada di Brunei.

Map :
Okay yang naik kereta sewa jangan risau, dah aktif line Maxis Internet boleh rujuk google Map atau waze. Senangkan?

Hotel :
Hotel aku booked 4-5 bulan awal sebelum pergi, aku booked dekat Booking.com , so dekat sana dah sampai baru bayar. Masa aku booked random j, aku tengok map hotel aku dekat dengan Brunei City dan Kampung Ayer.

Makanan:
First korang boleh cuba makan dekat Kampung Ayer, sana makanan dia sangat sedap. Boleh cuba semua makanan dan jangan lupa cuba sup paru, superberb sedap. (Restoran Soto Pabo)

Korang boleh ke Gadong Night Market, dekat sana macam-macam makanan tak pernah jumpa boleh rasa, tapi ada juga makanan ada dekat Malaysia. Kepada mereka nak cari Makanan Ambuyat yang jual murah, dekat Pasar Gadong ni boleh cuba.


Dan nak rasa kueh mueh di Brunei boleh ke Tamu Kianggeh

Tempat Menarik:

*Kampung Ayer




















*Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah







*Masjid Omar Saifuddin Mosque














*Masjid Ash Shaliheen




*Gadong Night Market








*Tamu Kianggeh

*Muzium Teknologi Melayu

*Istana Nurul Iman

*Brunei Street










 *Cendera Lambang Kenangan



Souvenirs :

Brunei Souvenirs & Gift Shops di Gadong