Showing posts with label photojournal. Show all posts
Showing posts with label photojournal. Show all posts

Wednesday, 12 July 2017

Tergantung.



Cukup Disini perjalanan kita

Menghukum Diri mendera hati ini
Terhimpit Dengan suasana

Berat Rasanya sukar diluahkan

Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi

Dibiarkan Begitu saja

Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua




Sunday, 9 July 2017

TRAVEL : Miri, Sarawak.

Assalamualaikum

Dalam setiap travelling ada sesuatu perlu kita belajar, barulah setiap perjalanan kita tuju itu bermanfaat.

Bulan February cuaca di Miri, Sarawak sangat baik. Tak panas sangat dan tak juga selalu hujan. Senang kata baik baik je nak berjalan dekat Miri bulan February.

Trip aku kali ini ke Miri menaiki flight dari KLIA2 ke Aiport Miri (beli tiket October 2016, masa aku beli ni promosi dalam RM80+ RETURN). Why aku nak pergi Miri? ada banyak sebab, antara sebab nak pergi Gua Niah, nak rasa pergi belah Sarawak pula, rasa makanan dan culture dll. Dan paling penting bila dah sampai Miri, jangan lupa pergi ke Brunei sekali menaiki kereta, drive sendiri Miri-Brunei. pakej 2 in 1. Orang kata kalau pergi Miri rugi tak ke Brunei sekali tau. Aku cerita next entry! Hehe


Noted: If ada yang nak pergi Brunei macam aku, jangan lupa minta dekat abang sewa kereta tu, salinan grand kereta sewa kita nak guna tu, sebab benda tu nak kena ada masa masuk Brunei. Abang aku sewa tu dia ambil upah dalam RM50, bagi aku okay dengan harga aku bawa jauh kereta dia dekat Brunei, sebab nanti abang tu mesti nak service kereta dia. So tak de aku berkira sangat. Take noted untuk ke Brunei tu!


TRANSPORT :

Bagi mereka yang mahu ke Sarawak dan juga mahu ke Brunei, eloklah sewa kereta di Miri. Kalau pergi travel dalam 4-5 orang sangat jimat untuk sewa kereta. Boleh korang tong tong 4-5 orang duit minyak dan kereta. Kita orang sewa kereta myvi untuk 3 hari dalam RM100/ Hari (sebenar kita sewa kereta axia/viva harga RM100/Hari. Tetapi hari dah sampai aiport Miri abang yang bagi sewa kereta tu bagi aku kereta myvi dengan harga RM100/Hari, kira rezeki. Aku pun okay dan on sebab myvi lagi besar dan paling best myvi sangat jimat minyak. (nak nombor abang yang aku sewa kereta boleh dm aku di fb aku : Syafiqa Azizan) 

Setel transport korang boleh pergi bawa mana korang nak bawa, tak tahu jalan? Jangan risau aku sendiri pun tak tahu jalan dan hanya menggunakan WAZE jeee, Hehehe. Jalan dekat Miri ni tak susah pun dan hati-hati jalan dekat Miri banyak juga sehala, tapi tak ada banyak sangat pun. Jangan lupa pakai seat bealt dan jangan sesuka hati hon hon.

HOTEL :

Mengenai penginapan korang boleh booking dekat BOOKING.COM ambil hotel nanti dah menginap dekat hotel baru bayar dekat hotel yang korang book. Jangan risau dekat Miri banyak hotel, aku cadang lagi 3-4 bulan booking cecepat okay. Senang nak kira budget dan juga aku nasihat bagi mereka yang nak bebetul nak murah dan trip travel yang budget pilih je hotel yang menawarkan harga paling murah dan selesa. Selesa maksud aku katil okay, air cond pun ada, siap aku request extra bantal dan nak iron. Masa aku buat pendaftaran dekat hotel aku menginap, pihak hotel terus bagi extra bantal dan iron yang aku request dekat booking.com tau! Haa korang boleh try macam aku buat ni juga. Hehehe sebab aku book dekat hotel Brunei pun, masa daftar dapat apa kita request dekat booking.com (sebelum book hotel tengok MAP hotel dekat mana, ambil yang dekat dengan bandar Miri)


Setel Transport dan Hotel.

Mari kita ke agenda lain pula.



Day 1 :

Jalan sekitar bandar Miri dan misi menacari makanan Sarawak. Boleh try tengok view dekat Canada Hill, sana boleh nampak view bandar Miri. If nak masuk The Grand Old Lady atau Petroleum korang kena pergi awal sikit, masa aku dan rakan pergi waktu itu dah pukul 6 petang, tempat pameran sejarah dah tutup.

Sebenarnya banyak lagi tempat boleh pergi cuma aku dan rakan tak sempat nak pergi. Boleh try pergi, Taman Awam Miri, Miri City Fan dan Taman Buaya Jong juga!

Ok part belah malam aku pergi Pasar Malam Ria Saberkas yang satu-satunya jual kek Sarawak yang murah. Bagi mereka yang mencari kek Sarawak murah dan bagi aku sama je rasa dengan kedai yang mahal, boleh beli dekat Pasar Malam Ria Saberkas ni, kalau tak beli terpaksa beli kek Sarawak Habibi, Siti Payung dll. Nak rasa kepak ayam sedap dan banyak makanan sedap boleh pergi Pasar Malam ni juga! Before pergi boleh cek dekat google Pasar Malam Ria Saberkas ni buka setiap hari apa, okay?


                                     














Day 2 :

-Gua Niah
-Luak Esplanade (boleh la lepak dan beli makanan dijual sambil ambil angin pantai kan, pergi belah 3 petang ke bawah best ambil angin dekat sini)










































Makanan wajib korang try dekat Miri :

Mee Kolok
Nasi Lalapan (macam nasi ayam, but sambal dia sedap)
Kepak Ayam ( boleh dapat dekat Pasar Ria Saberkas)
Laksa Sarawak

Tempat shopping :

-Boleh pergi Mall sekitar Miri
-Miri Handicraft Centre
-Tamu Muhibbah






Miri, cukup dua hari dah boleh cover semua tempat yang korang nak pergi. Lagi dua hari boleh cover Brunei dengan menaiki kereta. Hehe Next Entry kita cerita. Love syf.